Percutian di The Kabin Pantai Remis Jeram Selangor


Cuti sekolah baru-baru ni kami staycation ala dekat je lebih kurang 40 minit dari rumah, kami cari yang dekat sebab nak elakkan kesesakan yang teruk di highway. Bila dekat kosnya tak mahal. Kami memilih The Kabin yang terletak di Pantai Remis Jeram. Belakang The Kabin ialah pantai Remis, pantai ni tak boleh mandi manda kerana airnya tidak sesuai.




Pintu masuk The Kabis Pantai Remis Jeram






Kaunter Reception


Di bahagian belakang kaunter Receptionist ada satu meja pool, ada buaian, ada tandas lelaki dan perempuan serta bilik solat yang bersih. Bersebelahan kaunter ialah court Basketball dan Futsal. Bagi yang ada anak-anak remaja mereka boleh beriadah di sini. 


Ada banyak kemudahan yang disediakan di sini, antaranya ialah terdapat 2 kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa, boleh sewa basikal, tempat untuk ber BBQ, karaoke, cafe. Basically cafe sediakan beberapa pilihan makanan , harga yang kita bayar tidak termasuk breakfast ya. So sambil-sambil menjaga anak berendam kita boleh minum-minum di cafe ni :)





Memandangkan kami seramai 5 orang dengan 2 orang anak remaja kami memilih 2 bunk bed dan 1 katil Queen. Bilik memang tak luas kerana kita duduk dalam kontena/kabin, di dalam kabin antara kemudahan yang disediakan ialah aircond, bilik air dengan water heater, fridge, tv dengan siaran astro. Kami memilih bilik Singapore berhadapan dengan cafe.


Pemandangan di hadapan bilik kami, terdapat kerusi meja untuk bersantai menikmati keindahan alam, nak makan minum




Suasana dan susunan di dalam bilik. Boleh lihat di sini The Kabin untuk bilik-bilik yang lain.





Boleh rujuk di sini untuk rate harga setiap bilik


Petang tu kami mengambil kesempatan jalan-jalan di Pantai Remis ambil angin laut walau tak boleh mandi manda tapi seronok menikmati alam semulajadi dan keluar dari rutin harian kita. 


Menjelang petang perut dah berkeroncong, masing-masing kelaparan jom kita makan di Restoren Aroma Ikan Bakar Jeram, di sini kita boleh pilih ikan, udang, sotong, ketam dan seterusnya nak masak apa dan di makan bersama-sama dengan nasi. Alhamdullilah kami semua kekenyangan dan boleh balik Kabin semula :) Restoren ni sentiasa ramai orang dan kebetulan kami sampai awal, maka makanan pun sampai awal.




So far kami berpuas hati dengan The Kabin, pengalaman yang berbeza dengan tidur dalam kabin/kontena juga dengan kemudahan yang disediakan, aktiviti yang anak-anak boleh join memang tidak mengecewakan.

Maybe suatu hari nanti kami akan ke sana lagi, Family Day perhaps. InShaaAllah


The Kabin 
Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis,
45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Coordinate: 3.195 N, 101.307 E








Labels: