Persiapan Persekolahan Anak-Anak Sebelum Masuk Tahun Baru

Bila masuk hujung tahun ramai yang ibubapa yang berkira-kira perbelanjaan anak-anak nak masuk sekolah dan  kita dah sedia maklum bahawa persiapan anak-anak sebelum masuk sekolah belanjanya memang agak besar. Jika baru anak pertama masuk sekolah mungkin belum terasa.


Bagi mereka yang ada beberapa orang anak terutama ada anak sekolah Menengah, Rendah dan Tadika serentak memang akan terasa duit yang banyak diperlukan untuk persekolahan anak-anak. Sebaiknya belanjawan/tabungan untuk anak-anak nak masuk sekolah kita buat dari awal lagi supaya kita tidak rasa terlalu stress memikirkan mana nak mencari duit. Boleh buat tabung khas untuk persekolahan anak-anak. Ada juga yang sediakan tabung khas untuk persiapan Hari Raya, since tajuk ini ialah persiapan persekolahan anak-anak, kita fokus pada tajuk ni sahaja dulu ya :)


Kak Arni akan kongsikan dari kacamata umum sahaja ya sebabnya setiap orang tidak sama budget untuk persekolahan anak-anak. Kita cuba seminima mungkin untuk jimatkan belanja di zaman ekonomi yang sangat tinggi cabarannya.


Kebiasaannya di hujung tahun ada pelbagai promosi untuk persediaan anak-anak ke sekolah. Cuba bandingkan harga di beberapa tempat jika ada masa untuk dapatkan harga yang terbaik. Mungkin ada yang kata brand A ni lebih baik kualitinya berbanding brand B, tapi bagaimana pula dengan harganya. Untuk makluman seluar panjang sekolah Menengah ada satu brand ni jika size 31 boleh cecah RM40 sehelai bayangkan jika ada anak 2 -3 orang yang sekolah Menengah belum masuk lagi barangan lain. Sebab itu kita kena cari tempat yang harga dan kualitinya berbaloi sebab kalau boleh nak pakai selama setahun atau lebih.


Tips Mengurangkan Kos Perbelanjaan Anak Sekolah



Tabung Anak Sekolah


Dari awal tahun, sediakan tabungan untuk anak sekolah, boleh peruntukan RM50-RM100 setiap bulan ikut kesesuaian. Tabungan ini juga sesuai jika ada buku-buku, alatulis yang perlu dibeli sepanjang sesi persekolahan.  Juga termasuk yuran PIBG. Setiap sekolah yuran PIBG berlainan.


Kasut/Beg Koyak

Mungkin pernah ada ibu bapa yang melalui pengalaman, kasut anak mahupun beg sekolah anak koyak atau rosak di pertengahan tahun persekolahan, boleh terus guna duit tabung, tidak perlu keluarkan bajet lain. Boleh juga digunakan untuk membeli alat tulis, kalau anak yang baru tahap 1 mahupun prasekolah  yang "sangat rajin" mengasah pensel warna, boleh gunakan tabung ini


Lawatan Sekolah/PIBG

Biasanya sekolah ada sesi lawatan ke tempat lain yang mana ada bayaran perlu dijelaskan. Boleh sahaja guna tabung ini untuk kegunaan sesi lawatan sekolah.


Kelas Tambahan

Bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar UPSR, PT3, SPM atau sekolah agama UPKK, PSRA akan ada kelas tambahan untuk mereka. Ada bayaran yang perlu dijelaskan, so boleh gunakan tabung ni.


Keperluan Sekolah Yang Wajib Dibeli


Barangan yang tersenarai dalam keperluan masuk alam persekolahan adalah seperti baju sekolah, beg sekolah, baju sukan, buku-buku tulis, buku aktiviti dan latihan, kasut sekolah, stoking, tudung, skaf dan juga alat tulis.


Pakaian Sekolah




Jika anak baru memasuki Tadika, Tahun 1 atau Tingkatan 1, baju sekolah dan baju sukan memang wajib beli baru. Tetapi jika anak kita masuk tahun dua, perhatikan kain/seluar sekolah beliau jika masih elok dan tidak singkat kita boleh gunakan semula untuk tahun baru persekolahan. Biasanya baju sekolah Kak Arni akan beli setiap tahun sebabnya baju sekolah yang warna putih cepat luntur warnanya.

Keperluan seorang anak ialah baju kurung / baju uniform sekolah memadai 2 pasang dan baju sukan sepasang.

Bagi anak-anak yang terpilih sebagai Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya warna baju mereka berlainan. Sudah tentu kena beli yang baru.

Apapun semuanya terpulang pada budget ibubapa.


Buku tulis/Alatulis




Buku tulis pula biasanya yang disenaraikan pihak sekolah mungkin untuk kegunaan setahun, tetapi bagi Kak Arni terlalu banyak. Masa anak pertama memasuki tahun 1, semua buku tulis yang disenaraikan pihak sekolah Kak Arni akan beli.

Bila masuk tahun berikutnya biasanya Kak Arni akan asingkan dulu ada yang dah ada dan tak perlu dibeli. Jika tidak mencukupi biasanya anak-anak akan beli dikoperasi sekolah sahaja


Begitu juga dengan keperluan lain, jika boleh diguna semula, guna semula. Tidak WAJIB rasanya semua kelengkapan perlu baru.

Beli lebih awal - sedikit demi sedikit

Contohnya gaji bulan October dah boleh beli  kasut sekolah, stokin, kapur kasut dan beg sekolah

Untuk gaji bulan November boleh beli uniform sekolah atau buku sekolah

Jadinya tidak terasa sangat mengeluarkan duit yang banyak untuk perbelanjaan anak-anak nak masuk sekolah. Pengajarannya tahun berikutnya tambahkan lagi tabungan untuk anak-anak sekolah

Bagi mereka yang ada budget lebih juga boleh ambil vitamin tambahan untuk anak-anak, Kak Arni rekomen Mealshakes dan Vitalea Kid Shaklee. Membantu mencukupkan keperluan nutrisi anak-anak setiap hari.

Dahulukan keperluan yang utama

Pejamkan mata kita nak beli keperluan diri sendiri walau sales merata-rata utamakan dulu keperluan anak-anak. Akan tetapi semuanya bergantung pada budget setiap keluarga. Ada keluarga yang nak membeli keperluan sekolah anak-anak akan menyebabkan mereka mengikat perut nak makan.

Bagi kita yang ada rezeki lebih, kak Arni sarankan kita bantu mereka yang memerlukan sememangnya perbelanjaan persiapan anak-anak nak masuk sekolah memang sangat besar.

Cara lain ialah kita tambah income keluarga kita sebagai dropship, agen mana-mana produk sekurang-kurangnya memberi kita banyak pilihan untuk berikan yang terbaik untuk keluarga kita. Tak tahu nak bisnes apa atau tak tahu caranya, bisnes yang modalnya rendah boleh whatsapp Kak Arni 010-2995619. InShaaAllah Kak Arni akan bantu.

Labels: