Alhamdullilah anak Kak Arni dah selesai menduduki peperiksaan SPM. Sejujurnya tahun yang stress buat kami dan sepanjang minggu peperiksaan memang makan tak kenyang, tidur tak lena hanya kepada Allah berdoa mohon dipermudahkan. Habis je last paper ianya sangat melegakan.
Masa diri kita sendiri menduduki peperiksaan mungkin perasaannya tidak sehebat perasaan mak kita tapi bila anak sendiri, berdebarnya memang lain macam :) Setiap orang akan melalui fasa ini bermula dari saat anak dilahirkan hinggalah mereka besar.
Ada pelbagai rancangan yang dibuat oleh anak-anak yang baru habis SPM, ada yang bekerja, ada yang buat bisnes tolong parent, ada yang mengambil kursus kemahiran, ada yang mengambil lesen memandu/motor, ada yang pergi melancong dan pelbagai aktiviti dilakukan sementara menunggu result SPM keluar.
Bagi anak Kak Arni, perkara pertama yang dibuat ialah daftar sekolah memandu. Untuk makluman di Shah Alam terdapat banyak sekolah memandu dan kami memilih Metro Driving kerana ianya berdekatan dengan rumah kami dan mereka juga sediakan transport.
Yuran di sini agak mahal berbanding tempat lain kerana misi mereka ialah belajar hingga lulus tetapi ada syarat-syaratnya lah. Boleh rujuk link Metro Driving School
Sebelum ni memang Kak Arni dah survey yuran di sini dan disebabkan dah tahu yurannya agak mahal maka kami perlu menabung dari awal. Kalau zaman Kak Arni dulu semasa mengambil lesen bayarannya cuma RM400 iaitu semasa tahun 1993 (semasa menunggu SPM). Tetapi tahun ni 2017 yurannya mencecah RM2k++ termasuk transport.
Di sini kak Arni sertakan jadual bayaran Metro Driving untuk makluman semua dan berhasrat untuk mengambil lesen memandu.
Undang-undang masa sekarang ialah jika ambil Lesen Auto tidak boleh drive kereta manual. Manakala jika ambil Lesen Manual boleh bawa kereta Manual dan Auto. Sebab itu bayaran lesen Manual lebih mahal dari Auto.
Proses yang perlu dilalui ialah
1. Hadir kursus
2. Duduki peperiksaaan berkomputer markah lulus ialah 42/50
3. Ambil lesen L
4. Kelas belajar memandu ialah 4 jam x 4 = Maksimum 16 jam
5. Memandu bersama-sama dengan JPJ (yang ni memang ramai yang seriau hehe)
6. Jika lulus dah boleh drive, TAHNIAH dengan stiker P perlu di lekatkan.
So my advise ialah menabunglah untuk anak-anak selain dari pendidikan, kesihatan juga kena ada tabungan untuk lain-lain perkara contohnya untuk lesen memandu sebab akan datang kita pun tak tahu berapa banyak kos untuk mengambil lesen.
Maaf ya Kak Arni tak ambil jadual untuk lesen motor. Basically dalam RM800 juga untuk lesen motor B2.
Untuk anak-anak yang sedang menanti result SPM buatlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan keluarga. Anda sudah meningkat dewasa, dah kena tinggalkan alam persekolahan, alam kanak-kanak. Cabaran yang menanti di luar sana perlukan jati diri yang tinggi untuk anak-anak tempuh. Semoga urusan anak-anak semua dipermudahkan, InShaaAllahLabels: Aktiviti Selepas SPM - Metro Driving School