Dilema yang dialami setiap kali beli ayam ialah bahagian isi ayam nak masak apa, biasanya anak-anak suka makan bahagian yang ada tulang, Resepi yang sama berulang kali dimasak ialah samada dipotong kecil-kecil masak paprik atau sebagai rencah mee goreng ke mee hoon goreng ke.
Tapi hari ini dengan semangat yang berkobar-kobar bahagian daging ayam tu saya buat nugget ayam dan resepinya sangat mudah untuk disediakan. Ni hasilnya ya, suami dan anak-anak suka sangat sampai habis licin dan tukang masak sempat rasa seketul je. Nampak kan lagi sedap dan menjimatkan apabila kita buat sendiri dan kita boleh kawal bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan untuk Nugget Ayam
Daging ayam tanpa tulang, kalau rajin macam saya ahaks saya asingkan sendiri dari tulang ataupun uolls boleh beli dipasaraya yang memang isi ayam semata-mata.
Untuk basahkan sedikit tekstur kat dalam tu boleh tambah tauhu lembut (toskan airnya) atau boleh tambah mayonis.
Tepung gandum dalam 3 sudu besar jangan letak terlalu banyak ya nanti keras, tambah sedikit demi sedikit.
Lada hitam atau lada sulah
Garam secukup rasa
Untuk Coating (Lapisan Luar)
Breadscrumbs agak-agak mencukupi untuk semua nugget yang diuli. Breadscrumbs ni biasanya ada dijual dikedai-kedai yang menjual bahan bakeri.
Telur (yang ni terpulang sebab saya tak menggunakan telur)
Cara-cara Untuk Membuatnya
(Minta maaf ya saya tak sempat nak ambil gambar sebab mengejar masa pagi tadi)
Kisarkan semua isi ayam tadi jangan campurkan dengan air.
Setelah siap dikisar gaulkan dengan tauhu/mayonis, masukkan tepung gandum, lada hitam/lada sulah dan garam secukup rasa.
Setelah siap digaulkan anda boleh gunakan pencetak atau leperkan sahaja.
Gaulkan dengan breadscrumbs atau jika gunakan telur gaulkan dengan telur dulu kemudian baru gaulkan dengan breadscrumbs.
Kemudian goreng dengan api yang perlahan sebab breadscrumbs ni mudah hangit.
Setelah siap digoreng enak dimakan dengan sos atau mayonis, makan panas-panas syok woo
Selamat mencuba.
Labels: Resepi