Cuti sekolah dah bermula beberapa hari, macam mana ibu-ibu semua, bertambah kerja-kerja memasak di dapur? Anak-anak sentiasa lapar satu hari boleh jadi 6 - 7 kali makan dari sarapan, selepas sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, makan sebelum tidur terutama ibu-ibu yang surirumah atau bekerja dari rumah tentu keletihan kan, fenomena ni memang biasa. Bersabar je la ya melayan karenah anak-anak, inilah masanya pun kita nak bermesra dengan anak-anak, kalau anak-anak dah besar dah boleh latih mereka memasak.
Baru-baru ni mak saya datang, kalau datang memang tak pernah lupa bawa makanan untuk cucu-cucu beliau dan mak saya bawa beberapa ketul donut, kus semangat sekejap je habis donut yang bersaiz besar ya bukan yang saiz biasa. Mak saya pun bagi idea buatlah donut bukan susah pun, anak-anak pun suka makan. Okeylah kita google cari resepi donut yang paling mudah dan sedap.
Terima kasih Google
Donut pilihan saya pun bukan yang fancy macam Dunkin Donuts atau Big Apple, sekadar ditabur gula halus memadai. Saya kongsikan resepinya di sini. Gambar yang sebenar tiada, tak sempat nak tangkap hehe.
Resepi Donut Gebu Yang Mudah
Bahan-bahan untuk 34 - 37 biji
1kg tepung gandum
1 peket yis segera mauripan (11gm)
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
550 gram air bertapis atau 600ml
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam
Cara-cara memasak
Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
Gaulkan yis dan tepung gandum hingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, donut yang terhasil lagi cantik.
Masukkan larutan garam dan susu sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15 - 20 minit.
Setelah direharkan, uli semula 2 -3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat ditangan dan mangkuk adunan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50gram setiap satu yang boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut atau terpulang kepada anda nak bentukkan macam mana rupa donut anda. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya menggunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Cantikkan bentuknya supaya berbentuk bulat dan tidak bersegi.
Biarkan donut mengembang ditempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tapi jangan terlalu lama kerana ia mengembang lagi apabila digoreng.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Tunggu donut suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula castor bagi mengelakkan gula cair dan melekat. Atau kalau nak fancy boleh la anda hiasi dengan coklat dan taburan gula pelbagai warna.
Terima kasih Google
Tips tambahan
Untuk makluman, anda boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal.
Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng. Untuk simpanan jangka pendek, hanya perlu simpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.
Resepi ini memang sangat mudah, ringkas dan murah, saya yang tak pernah buat donut pun menjadi donut dengan mengikut resepi ini. Dalam masa 2 hari je habis ke semua donut. Selamat mencuba ya kawan-kawan :).Labels: Resepi