Resepi Peria Goreng Telur


Peria itu pahit tapi yang pahit itulah ubat, setuju tak? Saya sendiri dulu takut nak makan sayur peria sebab teringat akan pahitnya tapi bila umur semakin meningkat dan kadangkala makan di kedai saya cuba juga menu Peria Goreng Telur ni, eh sedap la plak tapi belum teringin nak memasaknya di rumah sekadar makan dikedai makan sahaja. Peria yang selalu beli ialah peria katak biasanya saya buat ulam dan makan bersama-sama dengan sambal belacan.


Pernah tengok rupa peria katak macam mana? Tak taula sejarah kenapa dipanggil peria katak. Tapi rupa peria katak uolls boleh tengok gambar ni.


Resepi Peria Goreng Telur


Berdasarkan kepada penelitian oleh Rachael Ray, profesor pathology dari Saint Louis University, sel kanser boleh dimatikan dengan pengambilan peria. Peria mengandungi phytochemicals, lutein, lycopene dan sebagainya. Ia sangat berkesan dalam menyekat gangguan kesihatan dalam badan.


Bertahanlah sikit ya dengan rasa pahitnya dan anda boleh mengambilnya untuk dijadikan hidangan makanan. Jika tidak mampu untuk makan peria, apakata uolls mengambil dalam bentuk jus.


Seperti yang saya kongsikan dalam perenggan di atas saya suka dengan menu Peria Goreng Telur, saya akan kongsikan resepi tersebut dengan uolls. Lepas ni kita boleh masak sama-sama ya.




Gambar ihsan Google



Bahan-bahan Peria Goreng Telur

4 biji peria katak (kurang pahit)
2 biji telur
2 biji bawang putih ditumbuk
3 biji bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (terpulang nak lebih atau kurang, ikut kepedasan)
1 biji lada merah dihiris nak lagi pedas boleh tambah cili api.
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa


Cara-cara nak membuat Peria Goreng Telur


Mula-mula kita belah 2 peria, buangkan bijinya dan hiris nipis-nipis.

Rendamkan dalam air garam dalam 15 - 20 minit untuk hilangkan pahitnya. Kemudian dibilas dengan air bersih.

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan masukkan cili kisar tumis sehingga naik bau.

Nak lebih menyelerakan boleh tambah ikan bilis atau udang kering.

Selepas naik bau tumisan anda, bolehlah masukkan peria yang sudah dibilas, gaul dan gaul sebentar, kemudian masukkan 2 biji telur dan gaul lagi dan goreng sehingga masak

Ok siap dan bolehlah dimakan bersama-sama dengan ikan goreng ke ayam goreng ke, nak ratah pun sedap gak tu :)


Selamat mencuba.

Jangan lupa promosi bulan Januari ni, Alfalfa dan Vivix beli 6 percuma 1, beli setiap 2 botol dapat diskaun 5% lagi dan Vitalea for kids beli 3 percuma 1










Sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619

Labels: