Gambar ihsan Google
Setiap kali ke pasar, cili api mesti menjadi salah satu pilihan di gerai sayur. Maklumlah kan lidah melayu, nak buat sambal kicap, nak buat sambal belacan, nak masak daging lemak cili api , pendekata cili api ni boleh membangkitkan selera makan walaupun telinga dan lidah boleh berdesing, peluh meleleh-leleh hehe.
Biasanya cili ada pelbagai jenis, ada cili hijau, cili merah, cili padi kampung dan cili benggala. Saya akan kongsikan manfaat cili kepada kita tapi AWAS jangan terlebih silap-silap cirit birit kita dibuatnya.
Cili Hijau
Pada umumnya cili hijau kurang pedas berbanding cili merah
Cili hijau mengandungi asid askorbik. Ia adalah
Vitamin C yang sinonim dengan buah oren
Kandungan
antioksida yang terdapat dalam cili hijau ini mampu mengelak atau mengurangkan risiko sesetengah kanser dan selsema.
Menjaga sistem kekebalan tubuh.
Menyerap zat besi
Mempercepatkan penyembuhan luka
Membentuk tulang dan gigi
Cili Merah
Cili, cabai atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini.
Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol
Cili kaya dengan vitamin A, Vitamin B dan C kompleks serta komposisi lain seperti protein dan karotin.
Mengandungi capsaicin yang akan mempercepatkan metabolisma dan membakar kalori lebih cepat
Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah
Makanan pedas akan melancarkan peredaran darah
Cili Padi Kampung
Ia merupakan tumbuhan dari keluarga cili yang sangat pedas
Cili Padi bersifat anti bakteria, anti karsinogenik, analgesic dan juga anti diabetes.
Ia juga didapati beupaya untuk mengurangkan tahap kolesterol pada individu yang mengalami obesiti.
Mengandungi banyak mineral seperti kalium, mangan, besi dan magnesium.
Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
Lada Benggala
Lada benggala atau dikenali juga sebagai "capsicum" memiliki banyak anti oksida dan vitamin lengkap yang boleh menjaga akar rambut dan ketegangan kulit.
Selain bertindak sebagai agen awet muda dan mencegah dari penuaan awal, lada benggala juga boleh menjadikan kulit bebas dari sebarang jerawat kerana sifatnya yang anti bakteria.
Oleh sebab sifatnya yang memiliki banyak Vitamin A khususnya bagi lada benggala yang berwarna kuning dan merah, ianya sangat baik dalam menjaga kesihatan mata.
Lada benggala juga mengandungi 4 karatenoid cryptoxanthin iaitu beta, beta karoten, lutein dan zeaxanthin yang dapat mencegah katarak dan beberapa penyakit mata yang lain.
Lada benggala juga mampu mencegah penyakit skuvi iaitu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C di dalam badan yang mengakibatkan gusi menjadi gusi menjadi bengkak dan berdarah. Ia juga membantu merawat luka yang hampir sembuh boleh terbuka semula dan sebagainya.
Labels: Khasiat Cili Api