Punca Tangan Menjadi Kebas Dan Rawatan


Jari jemari kita yang mulus tu memang tidak pernah berhenti bekerja tidak kira samada anda seorang pekerja mahupun surirumah. Apatah lagi jika anda seorang guru, tukang masak, blogger, wartawan ataupun penulis. Jari tu berehat semasa kita tidur itupun kalau tak mengigau malam-malam skrol whatsapp yang berderet-deret tu :)


Bila tangan kita sudah terlalu penat dia akan bagi "signal" iaitu rasa kebas dan lenguh tangan mula berlaku. Kebas dan lenguh tangan ini puncanya adalah masalah saraf dan ianya berpunca dari tulang belakang bahagian tengkuk (cervical spine). Kerap sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari juga mungkin disebabkan oleh " Carpal Tunnel Syndrome".


Carpel Tunnel Syndrome ialah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, kebanyakan pesakit berusia 40 tahun ke atas.




Faktor-faktor Tangan Kerap Kebas

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperi wanita hamil.


2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan contohnya kerja menaip, tukang jahit atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

3. Menggunakan tangan dengan kuat secara berulang-ulang kali, contohnya bekerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar secara berterusan.

4. Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding lelaki  dan kebanyakannya berlaku selepas menopaus

5. Keturunan juga mempunyai kaitan seperti bentuk pergelangan tangan yang sama.

6. Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku kepada wanita hamil biasanya akan hilang sebaik sahaja selepas mereka melahirkan anak.

7. Sindrom ini kerap berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan juga kepada mereka yang merokok.


Cara Rawatan Carpal Tunnel Syndrome


Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat "cold packs" (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan

Wrist splinting : Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

Non-steroidal anti inflammatory drug (NSAIDs) : Menggunakan ubat untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan  disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan tangan.

 Steroid : Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak membantu mengurangkan simptom.


Kaedah pembedahan mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau terus berlarutan dan bertambah teruk. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan . Doktor akan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan. Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.


Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Mereka Yang Mengalami Kebas Tangan


Omega Guard




Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Ostematrix Shaklee


Ostematrix membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat  berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas.



B Complex Shaklee


Antara tanda kita kebas pada anggota  badan ialah kekurangan vitamin B12. Dengan pengambilan Vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk B12.


Anda digalakkan untuk berjumpa pakar Ortopedik secepat mungkin jika masalah ini berlanjutan untuk melakukan saringan xray atau MRI bagi memastikan diagnosis sebenar masalah yang sedang anda hadapi.


Sila hubungi saya SID Shaklee untuk mendapatkan vitamin dan promosi hebat berterusan dari Shaklee

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: , ,