Selamat Tahun Baru 2016, azam baru semangat baru, betul tak? Salah satu azam saya ialah rajin memasak untuk keluarga, dengan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. Maklumlah segalanya mahal zaman sekarang ni, dengan memasak sendiri kita dapat berjimat. Ok stop cerita ekonomi, kita sambung dengan cerita asal iaitu menyediakan Mini Pizza Guna Roti Gardenia dan istimewanya kita menggunakan Sate Kebab Akmal.
Bila saat entri ini ditulis, esok merupakan hari pertama anak-anak memulakan hari persekolahan. Kita sebagai mak ni start je sekolah dah mula kalut memikirkan sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Saya kongsikan resepi mudah dan ringkas ni untuk para ibu. Yang mana anak-anak kalau tak sempat makan di rumah boleh je di makan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Biasanya anak-anak ni kan seleranya makan di waktu pagi agak kurang, moga dengan terhidangnya Sate Kebab Akmal Mini Pizza Guna Roti Gardenia terbuka mata anak-anak dan mereka makan dengan berselera. Sarapan penting ya untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Sebab apa kita guna Roti Gardenia ialah tak perlulah uolls berpeluh-peluh menguli nak buat doh, nak tunggu lagi doh tu naik. Eh pukul berapa nak bangun pagi daa hehe.
Bahan-bahan
Sate Kebab Akmal ada perisa blackpepper, beryani dan pedas
Roti Gardenia
Tomato puri atau sos pasta
Cheddar Cheese/Mozarella cheese
Cendawan butang
Lada benggala
Cara-caranya ialah
Grill dulu sate kebab dalam 5 cucuk untuk 4 keping roti.
Susun kepingan roti dalam tray atau loyang, renjiskan sedikit air supaya roti kekal lembut selepas dibakar
Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese (saya tak letak sebab takde)
Letak Sate kebab yang telah di grill dan telah dihiris nipis, cendawan butang dan lada benggala mengikut selera uolls ( saya tak letak jugak sebab takde)
Taburkan mozarella cheese, supaya boleh feeling makan pizza yang sebenar :)
Bakar pizza dalam oven lebih kurang 10 minit (ikut oven uolls)
Selamat menjamu selera ya
Labels: Sate Kebab Akmal - Agen Shah Alam