Resepi Muffin Pisang Yang Mudah Disediakan









8-10 biji pisang Rastali/emas
2 cawan tepung (ayak)
3 biji telur
1 cawan gula perang
1 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate
1 penutup esen vanilla
Secubit garam

Ke semua bahan ni Kak Arni masukkan dalam blender. Kalau boleh pakai blender yang berasingan dari yang digunakan seharian, kut nanti ada flavour bawang, cili api haha.

Lepas blend, masukkan bancuhan dalam ke dalam paper cup. Tuang separuh sahaja. Boleh letak coklat cip sebagai hiasan, Kak Arni guna coklat cip lebihan buat cookies hari tu, kita elakkan pembaziran.

Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25 - 30 minit. Sebelum tu oven perlu dipanaskan terlebih dahulu. Kena pandai adjust api.

Kalau terhangus atau tak menjadi, It's ok kita cuba lagi sehingga berjaya :)

Personally suka resepi ni sebab tidak terlalu manis kerana menggunakan gula perang.

Selamat mencuba semua

Labels: