Bermain Bowling di Space U8 Shah Alam

Entri hari ini saya nak bercerita tentang bermain bowling di Space U8 Shah Alam. Sukan bowling ni sebenarnya sesuatu yang asing untuk saya beberapa tahun lepas pernah tengok orang lain main bowling tapi hati tu tak terbukak lagi, takut pun ada, malu pun ada. Pendekata tak heran langsung dengan bowling ni :)

Tapi bila anak-anak dah semakin membesar kadang-kadang hujung minggu tu takkan asik-asik nak jalan-jalan window shopping je atau sekadar makan-makan untuk masa  berkualiti dengan anak-anak. Of coz la ada jalan-jalan cuti Malaysia tapi takkan kut tiap-tiap minggu :) Kebetulan pula our former national bowling player Shalin Zulkifli buka tempat bermain bowling di Space U8 tetiba terfikir eh why not kita try main bowling nak? Dengan mengajukan soalan kepada suami....blink...blink.

Masa dah sampai kat tempat bowling pun masih blur blur lagi, macam mana nak baling, main lempar je ke? Punyalah jakun dengan bowling ni cuma saya bernasib baik sebab suami boleh bermain bowling, dia la yang mengajar saya dan anak-anak. Mula-mula tu memang la asik ke longkang je, ke laut  bola tu tapi bila dah  lama-lama bila dapat rentak dan kita tau berat bola yang sesuai dengan kita elok je bola tu langgar pin, langgar satu ke dua pin pun dah kira ok untuk permulaan kalau strike 10 pin jatuh, lagi la rasa gembiranya hati kan.

Betul la kata orang kalau tak kenal maka tak cinta, sama la juga dengan saya dan bowling ibarat saya bercinta dengan bisnes Shaklee saya. Seronok bila bermain bowling dengan anak-anak, mereka pun berlumba-lumba nak high point, boleh sampai bertekak juga la, biasalah anak-anak dengan pelbagai ragam. Ni suasana dalam tempat bowling Space U8.


Gambar ihsan google

Di Shah Alam terdapat banyak tempat untuk bermain bowling selain dari di Space U8, ialah Kelab Golf Monterez, Plaza Alam Sentral, Ole-ole Sekyen 18 dan Setia Alam. Uolls google la ya kalau nak tahu tempatnya. Taman perumahan kami juga menganjurkan pertandingan bowling antara lorong dah masuk tahun kedua selain dari bowling ada permainan Futsal, takraw, ping pong, badminton, batu seremban, karom dan congkak.  Ni gambar tahun lepas di Monterez Shah Alam, kalau tak silap lorong kami dapat tempat kedua.


Budget mahal? Biasanya untuk 4 orang main dengan 2 set kurang dari RM100, ni termasuk makan minum kat dalam tu. Selepas bermain bowling ada yang sengal-sengal badan maklumla baling bola yang beratnya dalam 10kg, nak segarkan balik urat-urat yang lenguh tu makanlah supplemen Shaklee untuk sakit sendi, dengan harga yang berpatutan anda akan berpuas hati. 

Bermain lah dengan anak-anak sementara mereka masih dibangku sekolah, masa ni la kita boleh berbual mesra, bergelak ketawa dan jarakkan mereka sebentar dengan gadget. Pelbagai cara dan aktiviti  yang boleh anda lakukan dengan anak-anak.






Labels: