Taman Botani Shah Alam





Bagi mereka yang suka berbasikal dan aktiviti lasak yang boleh mengeluarkan sebaldi  peluh dan toksin dalam badan dengan harga yang berpatutan, Taman Botani Shah Alam merupakan pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga. Anda boleh menyewa basikal di sini atau bawa basikal anda sendiri, seronok ok agak-agak tak larat sorong je basikal tu hehe.


Ada pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini antaranya terdapat kolam renang, skytrek, berkhemah. Tarikan lain yang terdapat di sini ialah Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus dan pelbagai minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan tropika. Juga terdapat empangan /tasik. Teringat pulak masa bekerja dulu kami buat Treasure Hunt di sini kus semangat memang sangat mencabar turun naik bukit meredah hutan :) Rasanya dah tak kuasa nak join aktiviti treasure hunt macam ni haha.


Oh ya terdapat juga perkampungan di dalam Taman Botani Shah Alam, ala-ala bentuk rumah kampung  di seluruh Malaysia dan yang menariknya anda boleh bermalam di sana. Bagi peluang mereka yang tak pernah duduk kampung merasai pengalaman bermalam di rumah kampung



Bagi anak-anak kecil mereka akan terhibur di taman haiwan, ada kuda, burung, rusa, landak dan kura-kura, kambing tapi AWAS ada sekumpulan monyet berkeliaran yang tak duduk dalam sangkar dan akan mengejar anda jika anda membawa makanan. Ni antara binatang yang ada di taman haiwan.




Kuda yang ini agak jinak tapi berhati-hati dengan kuda yang dalam kandang ni, silap pegang, kaki belakang dia akan naik dan menendang





Bagi mereka yang tak larat nak berjalan kaki atau berbasikal terutamanya warga emas, perkhidmatan bas disediakan dari pintu masuk hingga taman 4 musim dalam masa yang sama bas ni akan melalui taman haiwan so uolls boleh berhenti di mana-mana yang ada bus stop. Ni la rupanya bas di Taman Botani Shah Alam. Menarikkan?



Gambar ihsan Google





Suasana dalam taman iklim 4 musim, sejuk-sejuk nyaman gitu kat dalam ni :)


Kat dalam tu ada gerai-gerai yang menjual makanan ringan, jangan risau tetiba perut lapar dan dahaga tahap maksima. Saya syorkan anda minum Performance Drink Shaklee dan CoQ Health sebelum anda berbasikal, anda sendiri akan rasa perbezaannya.





Anda boleh juga mendapatkan info secara terperinci Taman Botani Shah Alam di sini.


Selamat beriadah bersama keluarga tersayang








Labels: