Kebaikan Bekam


Untuk mengelakkan rasa yang kurang menyenangkan, kalau uolls nak tengok gambar orang berbekam sila google sendiri ya :) Silap-silap gambar David Beckham yang keluar.


Pengalaman saya sendiri tak pernah buat bekam tapi suami saya pernah buat bekam dan dia rasa badan lebih sihat, bertenaga selepas berbekam maklumla orang lelaki setiap bulan tidak mengeluarkan darah kotor berbanding perempuan, itu uniknya seorang wanita.


Bekam dalam istilah Melayu bermaksud mengeluarkan darah kotor dan angin dalam badan. Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah. Ia merupakan salah satu cara untuk membersihkan darah dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui lapisan kulit secara sedutan. Kalau uolls rasa-rasa nak pitam tengok darah sendiri yang keluar tu sebaiknya jangan tengok, bak kata suami saya kalau orang tu tak pernah bekam, darah yang keluar tu macam jeli pekat...alamaks, harap maklumla pelbagai jenis makanan yang masuk dalam badan kita lebih-lebih lagi kalau kita sendiri tidak jaga pemakanan dan kurang bersenam.


Rawatan Bekam dah ada sejak beribu tahun dulu, sebaiknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali atau tiga bulan sekali, kenapa? Dah uolls setiap hari makan pagi, petang dan malam belum masuk lagi kudap-kudapan yang lain-lain yang berminyak, makanan proses dan makanan segera.


Jom baca lagi bagaimana Bekam bertindak ke atas badan manusia.


Detoks

Semasa rawatan bekam, darah kotor akan dikeluarkan. Ia adalah satu proses membuang racun, toksin, bahan kimia dan sel darah merah yang mati daripada badan, Jika bahan-bahan tersebut tidak dibuang, ia berisiko untuk menjadi penyebab kepada 1001 jenis penyakit kepada manusia. Kalau rasa tak tergamak atau takut nak bekam, salah satu cara lain untuk detoks ialah dengan makan Herblax dan Alfalfa Shaklee


Meransang Pengeluaran Zat Antibodi

Ketika proses rawatan, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan akibat tusukan jarum bekam. tubuh bertindak balas dengan kerosakan ini dengan cara memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah infeksi di lokasi bekam. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu. Zat antibodi itu disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, tetapi juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga diorgan yang dimaksudkan, terjadilah pembasmian kuman-kuman patogen penyebab penyakit. Dengan demikian kuman dihapuskan. Sumber Majalah Rapi


Sebelum mendapatkan rawatan bekam sebaiknya berpuasalah sehari atau pastikan perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam. Bekam tidak boleh dilakukan semasa perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit.



Antara kebaikan berbekam ialah

Membantu membersihkan darah

Melancarkan aliran pembuluh darah

Membuang angin dalam badan

Membantu melegakan sakit bahu, dada dan punggung

Bermanfaat mengatasi jerawat dan gatal-gatal kulit

Mengatasi kemalasan, kelesuan dan penyakit banyak tidur.


Berbekam hanya merupakan rawatan alternatif, jika anda mengalami penyakit kritikal sebaiknya dapatkanlah rawatan moden.

Labels: