Pembedahan Caesarean - Set Bersalin Shaklee


Saya merupakan ibu yang bersalin secara pembedahan caeserean sebanyak 3 kali, ramai sahabat saya juga bersalin secara pembedahan caeserean samada 1 kali, 2 kali, 3 kali dan ada juga yang sudah  4 kali caeserian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pembedahan Caesarean, apakah risiko dan kebaikannya anda boleh rujuk sini




Bagi yang dah bersalin secara pembedahan caeserian 3 kali dan masih muda mesti pernah terfikir adakah selamat atau tidak untuk bersalin kali ke 4 secara pembedahan caeserian. terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti keadaan umur  ibu , sejarah kelahiran lampau dan maklumat perihal pembedahan terdahulu. Semakin kerap  kelahiran pembedahan, semakin tinggi risiko untuk rahim pecah samada sebelum mengalami kontraksi tanda awal sebelum bersalin ataupun tidak. Risikonya apabila rahim pecah melibatkan isu terpaksa dibuang rahim (caesarean hysterectomy), pendarahan yang banyak melebihi 500ml, isu komplikasi pembedahan dan masalah penyembuhan luka.


Kelahiran secara pembedahan caeserian sendiri mendedahkan ibu kepada risiko seperti komplikasi bius, komplikasi pembedahan seperti kecederaan pada organ bersebelahan rahim iaitu pundi kencing, saluran ureter menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, kecederaan salur darah dan komplikasi tranfusi darah, isu jangkitan kuman, isu kesakitan selepas pembedahan caesarean, tinggal jangkamasa di hospital lebih lama dan isu kos yang meningkat serta bebanan psikologi.


Pengalaman saya sendiri selepas 3 kali kelahiran secara pembedahan caesarean, Alhamdullilah tiada komplikasi cuma doktor ada bagi tahu bahawa rahim saya semakin nipis semasa kelahiran anak ketiga dan  perlu berhati-hati jika mengandung anak yang ke 4, saya memilih untuk tidak ikat peranakan walaupun ditawarkan doktor yang bertugas. Kesan yang pasti sehingga sekarang ialah pinggang cepat terasa lenguh kadang-kadang sakit, kesakitan ini saya kurangkan dengan makan Ostematrix Shaklee, ianya banyak membantu saya.


Sebaiknya berbincanglah dengan doktor yang merawat anda sebelum ini dan jika bertemu dengan doktor lain pastikan anda mempunyai rekod yang lengkap tentang kelahiran terdahulu. Doktor yang bertanggungjawab perlu berbincang dengan jelas dan teliti serta mendapatkan maklumat perihal kandungan lalu sekiranya ingin membenarkan maksimum 4 kali kelahiran.


Tips saya sebagai seorang Islam sebaiknya bacalah ayat-ayat Al Quran dan yang terbaik saya amalkan semasa di dalam bilik pembedahan...Doa Nabi Yunus saat beliau dalam perut ikan...InshaaAllah apabila baca doa ini anda akan rasa lebih tenang dan berserah semuanya kepada Allah agar anda dan anak yang bakal dilahirkan selamat.






Mereka yang bersalin secara pembedahan caeserian juga perlu berpantang seperti mereka yang bersalin normal. Perlu jaga makan, jaga kebersihan luka caeserian, perlu mengambil suplemen Set Bersalin Shaklee atau mana-mana jenama lain supaya badan rasa segar dan bertenaga dan seterusnya menjayakan penyusuan bayi 


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah
sebarang penyakit









Labels: , ,