HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 4

Minggu 25 - 28


Bayi Anda

Bayi anda akan membuka kelopak matanya buat kali pertama pada minggu ke 26. Lapisan verniks akan kelihatan dikulitnya pada minggu ke 28. Bahan lemak putih ini melindungi kulitnya seperti suatu lapisan kalis air dan menghalangnya daripada mengembang dalam cecair amnion.

Lapisan verniks biasanya hilang sebelum atau sebaik sahaja selepas kelahiran. Bayi anda semakin banyak bergerak diselangi waktu diam. Waktu ini seronok tengok pergerakan baby, berombak beralun perut kita dibuatnya :) Ada juga Mommy yang merakam pergerakan perut masing-masing. Beratnya kini sekitar 900gm dan berukuran 40cm.



Bayi anda berusia 27 minggu




Anda


Orang lain juga boleh merasakan pergerakan bayi anda. Rasa tidak selesa seperti kekejangan kaki, pedih ulu hati dan urat darah yang timbul mungkin menjadi lebih teruk. Anda mungkin sekali sekala merasakan perut anda menjadi keras dan sendat.


Ini dikenali sebagai pengecutan Braxton Hicks dan merupakan latihan pengecutan bagi menghadapi waktu kelahiran kelak. Pengecutan sedemikian mungkin berkekalan selama seminit dan biasanya tidak menyakitkan anda atau hanya menyebabkan anda sedikit rasa tidak selesa.


Bagi mereka yang rasa terlewat untuk mendapatkan vitamin Shaklee khusus untuk ibu mengandung, jangan risau ya anda masih lagi berpeluang untuk mendapat khasiat vitamin tersebut dengan menghubungi saya, dengan setiap pembelian anda akan dapat konsultasi percuma dari saya :)

Labels: ,