Vita-E Complex / Vitamin E Shaklee




Bulan Jun ni istimewa sebab promosi Vitamin E beli 6 percuma 1, ramai yang masih tidah tahu tentang khasiat Vitamin E dan yang paling istimewanya Vitamin E Shaklee berbeza dengan Vitamin E lain di pasaran ialah kerana ianya


Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap dipasaran.


Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Manfaat utama


Melindungi jantung

Pengambilan harian 800IU untuk Vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung.


Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif


Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif para lelaki yang mengambil 600Iu - 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


Anti Penuaan 

1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


Anti oksidan yang Kuat


Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.


Kelestarian Tenaga

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.


Memperbaiki Arthritis

Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.


Memperbaiki parut

Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.


Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?

Untuk 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas, 1kg biji gamdum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500gm badam.





Adakah Vitamin E selamat?

Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr James Scala terdapat diskusi  mengenai keselamatan Vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan Vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU. 


Anda juga boleh rujuk artikel ini berkenaan Vitamin E


Segera dapatkan Vitamin E Shaklee daripada saya dengan email : arnisyazila@gmail.com atau hubungi 012-2183024.

Labels: