Harga Set Bersalin Shaklee - Kepentingan Omega Kepada Bayi Anda





Tahukah anda selain asid folik (yang membantu mengelakkan kecacatan kelahiran) seorang wanita yang hamil perlu memastikan dia mendapatkan satu lagi makanan iaitu DHA atau Asid docosahexaenoic. Ini merupakan sejenis rantaian panjang asid lemak Omega 3.


Satu lagi asid yang penting ialah asid eicosapentaenoic (EPA). DHA dan EPA didapati hanya dalam makanan yang berasal dari laut, ikan dan rumpai laut dan tidak boleh dihasilkan badan, anda perlu memakannya dan ini sememangnya sangat penting.


DHA bermanfaat bukan sahaja untuk bayi yang sedang membesar tetapi juga bermanfaat untuk orang dewasa. Kehamilan dan penyusuan badan menyusutkan simpanan DHA para ibu, oleh itu para ibu digalakkan untuk meningkatkan pengambilan DHA sewaktu dan selepas kehamilan.


Apakah Manfaat DHA Untuk Bayi?





Asid lemak Omega 3 dan 6  diperlukan oleh janin  bagi perkembangan dan pertumbuhan otak, terutamanya dalam trimester terakhir dan dalam tiga bulan yang pertama selepas kelahiran apabila sinaps otak bayi anda sedang membentuk dengan cepat. Inilah sebabnya penyusuan badan baik untuk bayi kerana susu badan mengandungi DHA dan asid lemak penting yang lain yang diperlukan oleh bayi. Susu formula lazimnya tidak mengandungi zat makanan ini dan menurut suatu kajian kanak-kanak yang diberikan susu badan mempunyai kelebihan IQ sebanyak 8.3 daripada kanak-kanak yang diberikan susu formula.

Bayi anda memerlukan DHA bagi perkembangan sistem penglihatannya, lebih kurang 30 hingga 60 peratus lemak dalam retina ialah DHA.


DHA juga membantu membaiki perkembangan motor dan kognitif terutamanya bayi pramatang, Satu kajian di Greece mendapati kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang makan ikan dengan banyak mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat palsi serebrum berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang lebih banyak makan daging.


Keperluan DHA Kepada Ibu





Pengkaji mengatakan asid linoleik (sejenis asid lemak Omega 6) dan kalsium membantu mengurangkan risiko praeklampsia dan ibu yang mempunyai tahap DHA yang lebih rendah lebih berkemungkinan mengalami kelahiran pramasa.


Bagi orang dewasa DHA dipercayai mengurangkan kerosakan anti-oksida dalam otak dan mengurangkan radang bukan hanya dalam keadaan artritis reumotoid tetapi juga bagi arterosklerosis atau kerosakan salur darah  untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol dan mnegurangkan kejadian denyutan jantung yang tidak tetap. EPA membantu mengelakkan trombosis atau darah beku.


Bila Suplemen diperlukan?


Ambil 400 hingga 500 mg DHA dan lebih kurang 200mg EPA setiap hari. Elakkan dari mengambil ikan yang menyimpan lemak dalam hati dan bukan dalam isinya. Wanita hamil sebaiknya elakkan daripada memakan terlalu banyak minyak ikan hati ikan kod oleh kerana jumlah Vitamin A dan D yang tinggi. Anda juga seelok-eloknya elakkan daripada memakan ikan jerung, swordfish, tenggiri raja dan tilefish yang mengandungi sejenis raksa yang tinggi kandungan toksiknya yang mungkin terkumpul dan mencederakan otak janin.


Perbezaan Minyak Ikan Shaklee Omega Guard Berbanding Produk Lain




Minyak ikan terbaik di dunia

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun, Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan . Berbanding dengan produk Omega dipasaran , Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi, Satu sajian Omega Gurad dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA.


Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan,

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard, Ia dihasilkan  melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahannya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium,  dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl -  merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik) 


Nak order Omega Guard Shaklee, klik sini

atau 

Nak order Set Ibu Mengandung Shaklee, klik sini


Promosi GLA Shaklee beli 6 percuma 1 masih berlangsung sepanjang Ogos 2014, Inginkan keahlian percuma? Hubungi saya dengan segera

Labels: ,