Tingkatkan Imun Anak-Anak Dengan Makanan Berkhasiat



Anak-anak adalah harta kita yang tidak ternilai dan tidak boleh dijual beli dengan wang Ringgit. Penjagaan kesihatan mereka juga sangat penting sepanjang mereka membesar dari dilahirkan hingga mereka di alam persekolahan. Sepanjang mereka membesar masalah kesihatan yang biasa dialami oleh mereka ialah demam, selsema atau batuk, Jika mereka sudah bersekolah dan tidak sihat mereka perlu direhatkan di rumah.


Tahukah anda dengan makanan yang berkhasiat, betul dan seimbang dapat meningkatkan sistem imun anak-anak dengan sistem pertahanan badan yang kuat dapat "melawan" bakteria dan kuman yang menjadi penggalak kepada jangkitan penyakit kepada anak anda.


Berikut adalah makanan dan minuman yang boleh diberi kepada anak-anak anda untuk tingkatkan sistem imun mereka.


# 1 - Minum Air




Galakkan anak-anak untuk minum air kosong atau air masak. Badan mereka memerlukan 70% air untuk memastikan kelancaran sistem saraf badan, ia termasuk juga kelancaran pembuangan air besar.

Jika anak anda mempunyai masalah  untuk membuang air besar, maka ia boleh menjejaskan sistem imun anak anda. 

- Berikan anak anda air masak atau air kosong sebagai pilihan pertama

- Ganti minuman yang bergas dan berkafein kepada jus buahan segar yang tiada pemanis tiruan.

Pengalaman saya sendiri bagi anak-anak yang tidak suka minum air masak , cara saya ialah beri air masak sedikit demi sedikit tapi kerap walaupun ada penolakan dari anak hehe.


# 2 - Buah-buahan dan sayuran segar




Antara buah-buahan segar yang mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang boleh dihidangkan kepada anak untuk tingkatkan sistem imun mereka ialah 

pisang, betik, tembikai, strawberi, beri biru dan buah-buahan sitrus.


Manakala sayuran yang boleh dihidangkan kepada anak-anak ialah

Brokoli, tomato, bayam dan ibu keledek.  Bawang putih mentah adalah satu lagi hidangan yang boleh 

meningkatkan sistem imun anak-anak anda, antara menu yang popular menggunakan bawang putih 

ialah nasi goreang bawang putih.

Sayuran seperti lobak dan labu mengandungi karotena yang meningkatkan pengeluaran sel-sel darah  

putih yang mengelak jangkitan penyakit.


# 3 - Minyak Ikan




Sudah berabad ibubapa memberi anak-anak minyak ikan, datuk saya sendiri memberikan minyak ikan kepada ibu saya sejak tahun 50an lagi, mereka sudah menyedari kebaikan minyak ikan untuk tingkatkan sistem imun anak-anak.

Ikan segar dan dibekukan seperti salmon, ikan tenggiri dan hering  yang mengandungi Omega 3 lemak, ia boleh meransang sistem imun.


# 4 - Makan Jenis Berbiji





Bunga matahari dan labu adalah antara makanan yang berbiji yang sangat baik untuk nutrien anak-anak. Jika anak anda sangat cerewet dengan makanan yang dihidangkan, anda boleh tabur ke atas makanan mereka, mudah-mudahan mereka gemar dengan makanan yang dihiaskan dengan biji bunga matahari.


# 5 - Makanan Tambahan


Set Vitamin Anak Untuk Tingkatkan Imun Sistem



Minyak Ikan Omega 3, Vitamin C dan Mealshakes samada dalam bentuk kapsul atau serbuk merupakan pilihan terbaik untuk tingkatkan sistem imun anak-anak anda.



Chewable Vitamin C 

Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi badan
Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
Membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang anak-anak



Omega Guard

Ia mengandungi satu rangkaian penuh tujuh asid lemak Omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA dan lain-lain. Khasiat Omega Guard kepada kanak-kanak ialah

Membantu tumbesaran dan perkembangan memori anak-anak
Nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina anak-anak (DHA)
Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran anak-anak
Menyihatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru (asma)
Memelihara penglihatan dan pendengaran


Mealshakes

Vitamin yang didatangkan dalam bentuk serbuk untuk memudahkan anak-anak anda minum bersama-sama dengan susu atau jus atau minuman kegemaran mereka, Mealshakes mengandungi Lactalbumin sejenis susu yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat anak-anak hingga dewasa. Antara khasiat Mealshakes ialah

Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh anak-anak
Anti oksida - Ada Vitamin A. C, E, Zink dan Selenium yang bertindak melawan jangkitan
Mengatasi masalah sembelit anak-anak kerana ia kaya dengan serat larut yang bertindak membuang sisa buangan dari perut dan usus.
Membuka selera anak-anak - boleh diberi kepada anak-anak yang sukar makan atau picky eater


Gabungan ketiga-tiga vitamin ini membantu tingkatkan Imun kepada anak-anak. Di dalam vitamin tersebut mengandungi selenium (antibodi) Mealshakes manakala Vitamin C meningkatkan sistem imun anak-anak dan Omega berperanan meningkatkan daya ingatan anak-anak.


Promosi Mealshakes Beli 3 Percuma 1 Berlangsung Sepanjang September 2014. Inginkan Keahlian Percuma Shaklee. Hubungi Saya Dengan Segera.

Labels: ,