Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan



Kenal tak? Ini namanya Bawang Putih atau Garlic. Setiap kali nak masak, bawang putih ni wajib tapi ada sesetengah masakan kalau terlebih bawang putih rasanya agak kurang enak. Tapi kalau anda masak Nasi Arab 2 labu bawang putih yang digunakan bukan 2 ulas tau. Masakan Cina atau masakan dalam pantang bawang putih ni wajib, sebab apa takkan sebab rasa je kan, bawang putih ni ada banyak khasiatnya. Silakan baca khasiat bawang putih.


Secara ringkasnya bawang putih membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan trigliserida. Dalam jurnal Alternative Medicine Alert, pengambilan satu atau dua ulas bawang putih sehari dapat membantu dalam perawatan tambahan.


Khasiat Bawang Putih atau Garlic Yang Perlu Anda Tahu


Bawang putih bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus


Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih, bertindak sebagai anti-virus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Ianya baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.


Mengurangkan Risiko Angin Ahmar


Oksida Nitrik yang dihasilkan oleh Bawang Putih  pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.


Mengandungi Iodin


Untuk pesakit hypertiroid, pengambilan Bawang Putih yang mempunyai kandungan iodin yang tinggi baik untuk mereka.


Mengurangkan Risiko Kanser


Bawang Putih kaya dengan anti-oksidan seperti selenium, ia mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang pengidap kanser.


Antiinflamasi


Kajian menunjukkan Bawang Putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma. mengurangkan inflamasi pada arthritis pada sendi seperti rheumatoid atau osteoarthritis


Meningkatkan Sistem Imunisasi


Pengambilan Bawang Putih sebanyak dua tiga ulas sehari selama 3 minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.


Melindungi Tanaman


Bagi mereka yang rajin berkebun, kadangkala anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam, hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancuhkan dengan minyak mineral, air dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.


Membantu Sistem Pencernaan


Bawang Putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.


Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh


Kandungan Di-sulphide di dalam Bawang Putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/Perut

Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh cuba dengan mengambil 2 ulas bawang putih dan bakar. Selepas itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. InshaaAllah selang beberapa minit anda akan merasa kelegaan.


Menyuburkan Rambut


Jika anda mengalami masalah rambut gugur Bawang Putih boleh membantu anda. Bawang Putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala juga boleh ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.


Membersihkan Jerawat

Bawang putih merupakan remedi semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandungi antioksidan yang dapat membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan dibiarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah anda dengan air bersih.


Bagi anda yang sibuk kadangkala nak menjenguk dapur pun tak sempat tapi dalam masa yang sama nak menjaga kesihatan yang optimum dan inginkan khasiat Bawang Putih, anda boleh mengambil Garlic Complex Shaklee 2 tablet sehari.





Kenapa Garlic Shaklee Menjadi Pilihan Ramai?


Garlic Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California sewaktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dari teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and spearmint) Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.


Manfaat utama Garlic Shaklee anda boleh klik Garlic Shaklee/Garlic Complex Shaklee.


Antara resepi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bawang putih ialah Nasi Goreng Bawang Putih, rasa nasi yang tidak pedas anak-anak pasti suka.

Nak lagi kreatif, nasi dimasak dengan bawang putih dan dimakan dengan ayam goreng berempah atau ayam bakar, confirm sedap. Selamat mencuba.


Inginkan set vitamin Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619





.



Labels: