Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil


Melihat sahaja buah kiwi ni terus rasa masam-masam manis, kalau baru dikeluarkan dari peti sejuk rasanya pasti menyamankan tekak dan terus kunyah sehingga habis, silap haribulan tak cukup 2 - 3 biji, betul tak?


Bagi ibu yang hamil, mereka  memerlukan  makanan harian yang mempunyai khasiat yang tinggi, nutrien yang penting dalam makanan harian ialah Vitamin C, Asid Folik dan Kalsium bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Cara yang paling mudah ialah lengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kiwi merupakan buah yang banyak khasiatnya dengan rasanya yang masam manis ia juga boleh mengurangkan rasa mual di peringkat awal kehamilan. 


Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil


Kekalkan Sistem Imunisasi


Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Buah kiwi merupakan salah satu sumber Vitamin C paling baik. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan Vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C juga berperanan dalam meningkatkan imuniti badan, ini penting agar ibu hamil berada dalam keadaan sihat.


Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik dan paling penting Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.


Asid Folik Yang Tinggi


Buah Kiwi adalah makanan yang ideal untuk ibu hamil kerana kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.


Kekurangan asid folik boleh menyebabkan spina bilfilda, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan dan lazimnya sebelum anda sedar anda sedang hamil. Pengambilan asid folik sebelum hamil mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.


Mengurangkan Sembelit


Kebanyakkan wanita hamil mengalami masalah sembelit, masalah ini berlaku akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungans erat yang tinggi, dimana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan semeblit sepanjang tempoh kehamilan. Serat membantu mengumpul dan membuang toksin  daripada kolon. Ia juga dapat menngelakkan kanser usus.


Tidur Yang Nyenyak


Lazimnya ibu hamil akan mengalami gangguan tidur dari awal kehamilan sehingga anda bersalin. Kekurangan waktu tidur yang cukup boleh menggangu rutin harian dan juga mempengaruhi tumbesaran bayi. Kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur, ia juga dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.


Merendahkan Tekanan Darah


Jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan ibu hamil dan bayi dalam kandungan, malahan ia turut menjurus kepada masalah diabetes. Buah Kiwi mengandungi potassium yang lebih banyak berbanding pisang dengan hanya 1 hidangan. Fungsi potassium ialah melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


Mungkin ada sesetengah dari kita yang suka mempelbagaikan resepi atau menu makanan harian, apakata kali ini anda kisarkan buah kiwi dengan ESP Shaklee dan Mealshakes Shaklee, dengan rasa yang lazat dan enak bukan sahaja menyegarkan malahan anda dapat khasiat dari minuman tersebut.

Vitamin Ibu Hamil Shaklee




Inginkan resepi ESP Shaklee yang lain anda boleh klik Resepi Aiskrim ESP Shaklee.


Rahsia dan Khasiat Vitamin Ibu Mengandung Shaklee, anda boleh klik Vitamin Untuk Ibu Hamil Shaklee.


Berminat nak jadi ahli Shaklee dan nak order vitamin Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619



Labels: