Menu Untuk Kanak-Kanak Obes



Kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti semakin meningkat dan ia berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor penyumbang ialah pemilihan makanan dan saiz hidangan yang tidak bersesuaian, tidak melakukan senaman atau aktiviti fizikal, faktor keturunan juga kesan daripada penyakit dan penggunaan ubat-ubat tertentu.


Antara Tip Menu Untuk Kanak-Kanak Obes 


Kurangkan atau sesekali sahaja pengambilan makanan terproses seperti sosej, bebola daging, nuget atau makanan segera. Mungkin anda boleh sendiri contohnya Nuget ayam , sangat mudah untuk disediakan saya ada kongsikan resepinya klik Resepi Nugget Ayam Yang Sedap.


Bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas serta mengalami masalah obesiti, hadkan pengambilan susu dan produk susu kepada 1-2 gelas sehari. Sebaiknya pilih produk susu yang rendah lemak atau tanpa lemak untuk mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.


Bagi kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun, pastikan anda mendapat nasihat Pegawai Dietatik terlebih dahulu sebelum menggunakannya.


Pengambilan minuman berkarbonat atau kordial dam makanan manis perlu dihadkan atau sebaiknya dielakkan di dalam menu atau diet seharian kanak-kanak obes kerana ia mengandungi rendah nutrien serta tinggi kandungan kalori. Walaupun anda hadkan kepada sehari sekali dikalangan kanak-kanak yang sering mengambilnya di dalam kuantiti yang banyak sebelum ini sudah cukup untuk memberikan manfaat yang besar kepada pengawalan berat badan dan kesihatan mereka.


Hadkan makanan yang bergoreng menggunakan minyak yang banyak atau "deep fried" kepada sekali seminggu. Buang lemak dan kulit yang terdapat pada daging atau ayam sebelum makanan dimasak.


Sebagai ibu anda perlu kreatif untuk menu harian anak anda. Lakukan pengubahsuaian resepi dengan menukarkan makanan yang bergoreng dan bersantan kepada makanan yang rendah lemak serta menggunakan ketuhar untuk membakar, sup stim atau menggunakan kuali yang tidak melekat dengan penggunaan sedikit minyak.


Galakkan anak-anak bermain samada ke taman permainan, berbasikal atau mana-mana sukan yang sesuai untuk anak-anak. Elakkan anak-anak menonton televisyen berjam-jam lamanya sambil makan makanan ringan.


Keseimbangan nutrien sangat penting dalam proses anak-anak membesar, setiap kumpulan makanan mempunyai fungsi yang berbeza. Manakala hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam perlu lengkap dengan karbohidrat seperti nasi, mihun, roti makanan yang berasaskan jagung dan ubi-ubian.


Bagi membekalkan tenaga, protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang untuk tumbesaran dan sedikit lemak seperti  minyak, marjerin dan mentega. Lengkapkan menu harian dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan untuk penjagaan kesihatan serta memastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Sayur dan buah juga kaya dengan serat untuk proses penghadaman.


Seperti yang kita sedia maklum anak-anak mungkin cerewet dengan sayur dan tak nak makan sayur, pelbagai alasan diberikan. Cara yang paling mudah ialah memperkenalkan makanan ini mungkin sekali setiap 2 minggu, anda boleh pelbagaikan cara yang menarik untuk anak-anak makan atau suka dengan sayuran, terdapat pelbagai resepi atau menu yang kreatif yang boleh anda pelajari di internet. Pengulangan yang berterusan mungkin membuahkan hasil serta kekal menjadi makanan kesukaan mereka hingga dewasa.


Bagi anak yang terlalu cerewet dengan makanan anda boleh klik Atasi Anak Cerewet Makan Dengan Mealshakes.


Vitamin Anak Cerewet Makan



Jika anda berminat untuk membeli vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee dan menambah pendapatan, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Labels: