Minyak Zaitun atau Olive Oil seperti yang diketahui ramai mempunyai pelbagai khasiat. Bagi mereka yang ingin mencantikkan kuku agar kuku kelihatan lebih lembut, segar dan tidak lagi kelihatan kusam setiap malam sebelum anda masuk tidur urutlah minyak zaitun pada kuku anda dengan secara perlahan-lahan dan lembut.
Selain itu tambahkan asid folik dan protein dalam diet harian anda untuk mencantikkan kuku dan kuku anda agar tidak mudah patah. Antara makanan yang mengandungi asid folik ialah seperti lentil, kacang-kacangan, bayam dan pelbagai sayuran hijau gelap.
Selain dari mnyak zaitun, terdapat beberapa lagi bahan yang senang anda dapat untuk mencantikkan kuku antaranya ialah limau nipis dan bawang putih.
Cara-caranya ialah limau dibelah dua dan gosokkan limau kepada kuku dan biarkan beberapa ketika dan kemudian cucilah kuku anda. Hasilnya kuku akan kelihatan lebih cantik dan bersih. Tapi kalau jari anda terluka jangan buat ya, menangis kepedihan nanti hehe
Bagi mereka yang kukunya mudah patah, anda boleh menggunakan bawang putih. Caranya ialah tumbuk bawang sehingga lumat dan gosokkan bawang putih pada kuku yang mudah patah sekerap mungkin berulang kali. Selain dari elakkan kuku mudah patah, bawang putih juga peranannya ialah mengilatkan kuku anda.
Pernahkah Anda Terfikir Penyebab Garis Putih Pada Kuku Anda?
Sudah tentu kita impikan kuku yang cantik, bersih dan tidak mudah patah akan tetapi pernah tak anda alami terdapat garisan putih dikuku anda? Seperti gambar berikut
Entri kali ini saya akan kongsi penyebab garis putih pada kuku anda. Tahukah anda untuk melihat tahap kesihatan seseorang ialah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang.
Garisan putih pada kuku, simptom ini dinamakan Muehrcke's Nail (sumber wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahu sebab pembentukkan garisan putih ini tetapi ia dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan seseorang individu.
Maka seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku menandakan kekurangan protein.
Kepentingan Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.
Bagaimana ESP Shaklee boleh membantu mengatasi masalah kekurangan protein dalam badan.
Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.
Antara manfaat utama ESP Shaklee ialah
Awet Muda
Asid Amino penting untuk membina otot, KUKU, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
Anda boleh baca lebih lanjut khasiat ESP Shaklee dengan klik Faedah Dan Kebaikan ESP Shaklee dan Testimoni ESP Shaklee
Bulan October merupakan promosi ESP Shaklee beli 6 percuma 1, segera dapatkan daripada saya SID Shaklee yang boleh membimbing dan membantu anda.
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619
Labels: Energizing Soy Protein