Kenapa Shaklee berbeza dengan produk soya yang lain di pasaran?
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850gm (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging. 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
1. Awet Muda
Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
2. Baik Untuk Hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones fungsinya bersamaaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.
3. Baik Untuk Prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkansel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
5. Pembekal Tenaga
Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
6. Membaiki Pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
7. Membaiki Memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan
Kepentingan Protin
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada homon manusia, Ia juag meransang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan badan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah kelebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.
Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kadar keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia, ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Programme (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
Mereka yang sedang membuat persiapan
Ramadhan
Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Labels: Energizing Soy Protein