Petua Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi


Petua Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi



Sebut sahaja perkataan kolesterol kita dah rasa bimbang dan dah terbayang pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kolesterol tinggi antara penyakit kronik yang disebabkan oleh kolesterol tinggi ialah sakit jantung.


Sebelum itu saya akan terangkan apa itu kolesterol dan bagaimana ia terjadi. Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperolehi daripada pemakanan dan pengeluaran hati.


Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ini dipanggil chylomicron.


Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol "jahat" manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


Petua Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi


Oat Bran

Oat Bran adalah lapisan paling luar biji oat yang boleh dimakan dan lebih halus dari oatmeal. Makanan yang kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar LDL menjadi 10, 20 dan 30 mg/dl.


Flaxseed




Flaxseed dengan kandungan karbohidrat rendah ini mudah dicerna, kaya serat dan boleh menurunkan LDL. Anda boleh menaburkan flaxseed dalam pelbagai makanan harian.


Kekacang


Pilih kekacang yang belum diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan Almond atau kekacang lain satu perempat hingga setengah cawan sehari mampu menurunakan LDL. Kekacang yang masih semulajadi ini kaya serat dan membuat anda cepat kenyang.


Niasin


Niasin atau Vitamin B3 efektif menurunkan LDL sebagai ubat statin. Namun niasin juga boleh didapati daripada makanan bukan sebagi suplemen atau ubat. Seperti kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur.


Hindari Makanan Dengan Indeks Glisemik Tinggi


LDL boleh direndahkan jika anda mengurankan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih muih, kentang dan nasi putih.


Hindari Makanan Berasaskan Tepung Gandum


Untuk menurunkan kadar LDL, sebaik-baiknya hindari makanan yang dibuat dari tepung seperti roti, pasta, bijirin yang bukan berasal dari oat. 


Sumber Kacang Soya

Makanan kaya dengan soya juga boleh menjadi pilihan lain menurunkan LDL. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh dijadikan pilihan.


Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee mempunyai kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan terutamanya mereka yang mengidap kencing manis.




Selain dari amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut. 

Lakukan Senaman lebih kerap

Turunkan berat badan

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


Manakala bagi mereka yang mencari suplemen untuk menurunkan kolesterol dan risau dengan kolesterol yang tinggi saya cadangkan anda mengambil 2 tablet Phytocol dengan makanan.



Kenapa saya cadangkan Phytocol Shaklee ? Ini adalah kerana ia

Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol.

Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari

Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.


Untuk bacaan lanjut berkaitan Phytocol Shaklee, boleh klik Phytocol-St Shaklee Musnahkan Kolesterol Jahat


Nak order Shaklee dan menjadi ahli Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp: 010-2995619










Labels: