Set Vitamin Ibu Mengandung Menyebabkan Bayi Besar?




Seringkala ada suara-suara yang berkata-kata "eh ko makan vitamin masa mengandung? Nanti anak ko besar susah ko nak bersalin atau ko nak meneran" . Untuk makluman vitamin prenantal atau vitamin ibu mengandung tidak berkait rapat dengan kelahiran bayi yang besar. Bayi besar atau macrosomia adalah bayi yang dilahirkan 4kg ke atas.


Faktor-faktor Yang Menyebabkan Bayi Besar


1. Penyakit kencing manis atau darah tinggi semasa hamil


2. Kandungan "lebih hari"


3. Bayi lelaki (biasanya bayi lelaki lebih berat daripada bayi perempuan)


4. Faktor genetik (Jika bapa dan/atau ibu kepada bayi mempunyai rangka dan tubuh yang besar, bayi boleh mempunyai tubuh yang lebih besar juga.


5. Faktor pemakanan (Jika ibu banyak mengambil gula/karbohidrat dan makan makanan yang berlemak/berminyak, berat bayi akan bertambah di dalam kandungan)


Setiap wanita yang hamil diberikan Vitamin Ibu Mengandung bertujuan untuk membantu wanita hamil mendapatkan vitamin dan mineral yang secukupnya. Ada juga ibu yang kurang sesuai dengan vitamin ibu mengandung dan menyebabkan mereka rasa loya, muntah mungkin disebabkan oleh baunya atau sukar untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet. Sesetangah ibu hamil kurang senang dengan najis mereka yang bertukar warna hitam, ini adalah kesan daripada zat besi yang terdapat dalam pil multivitamin.


Bagi ibu hamil yang tidak mahu mengambil sebarang vitamin ibu mengandung, anda harus pastikan diet makanan seharian adalah seimbang dan diperkaya dengan karbohidrat berserat tinggi, protein daripada ayam, daging dan bahan tenusu serta pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.


Bagi anda yang masih mencari Vitamin Ibu Mengandung, saya cadangkan anda mengambil Set Vitamin Ibu Mengandung Shaklee yang lengkap.


Vitamin Ibu Mengandung Shaklee


Dan bagi mereka yang tidak boleh makan vitamin dalam bentuk tablet, jangan risau anda boleh mengambil Mealshakes sebagai makanan tambahan anda.




Ingin mengetahui khasiat Mealshakes, anda boleh klik Mealshakes Shaklee Terbaik Untuk Anda Dan Anak Anda

Labels: