Berbaloi ke Bisnes Shaklee Dengan Bonus Yang Rendah?









Bagi mereka yang belum pernah bisnes Shaklee atau mereka yang pernah buat bisnes lain dan baru menceburi bisnes Shaklee akan timbul persoalan, berbaloi ke buat bisnes Shaklee ni dah lah tu bonus Shaklee pun rendah je..hmmm....


Sebelum anda buat pelbagai spekulasi, saya akan kongsikan kelebihan anda sebagai seorang Shaklee Independant Distributor dan info eksklusif  bonus yang akan anda terima. Secara ringkasnya bonus yang anda akan terima ialah

- Bonus jualan individu
- Bonus jualan kumpulan
- Bonus kepimpinan
- Bonus Insentif Coordinator
- Bonus kereta


Cuba kira banyakkan bonus yang anda akan terima, macam mana nak kira kenalah sign up sebagai Shaklee Independent Distributor dulu  dan yang mudahnya sekarang ni pihak Shaklee sendiri dah sediakan sistem online dimana anda boleh semak berapa uv dan bonus yang anda akan terima bulan berikutnya berbanding dahulu kena kira secara manual. Segalanya mudah hanya dihujung jari anda.


Yang saya cerita ni peluang dari segi RM (cash bonus) dimana pihak Shaklee dah bayar berbillion duit kepada pengedar-pengedar Shaklee. Kalau nak tahu yang dah jadi jutawan pun dah ramai hasil dari perniagaan Shaklee, itu belum termasuk bonus lain yang bukan dalam bentuk wang ringgit.


Kalau cerita trip Shaklee wow memang first class bertaraf 6 bintang kita boleh pilih biasanya ada 2 pilihan contohnya trip tahun ni boleh pilih samada ke USA atau Umrah dan sudah tentu hanya mereka yang layak sahaja boleh pergi trip ni :) Manakala untuk tahun depan adalah trip ke Italy.


Jadi kenapa masih kata bonus Shaklee rendah? Dinilaikan dari segi apakah yang rendah ?


Mungkin fasa-fasa awal bisnes Shaklee ni memang sangat sibuk, macam tak cukup tanah nak jejak kaki, makan pun kadang-kadang tak sempat. mandi pun asik bertangguh je, rumah kelam kabut, tapi itu bukan alasan untuk tidak berusaha dalam perniagaan yang kita lakukan, bukankah setiap hari kita diberi  masa 24 jam, bahagi-bahagikan masa kita untuk beribadat, keluarga dan diri sendiri. Peruntukan masa yang ada untuk bisnes kita. Mungkin kena korbankan masa tidur, masa menonton televisyen, masa berlegar-legar di pasaraya, masa skroll FB, pendekata macam-macam masa yang membuang masa la hehe. Selepas bertungkus lumus buat yang perlu dilakukan tapi hasilnya sedikit sahaja.


Itulah sebenarnya konsep bisnes MLM yang sebenar, apa jua bisnes yang berkonsepkan MLM, peringkat awal perlu usaha yang 200 kali ganda, macam drama Cinta Awak 200% semuanya perlu lebih 100%, perlu usaha lebih keras dari kerja makan gaji, seolah-olah tidak setimpal dengan pulangan bulanan akan tetapi di fasa seterusnya , usaha (masih lagi berusaha) tapi kenaikannya berkadar songsang dengan usaha.


Kalau MLM yang anda usahakan tidak seperti konsep di atas, maka bukan real MLM namanya, itu namanya dah tak asli, tiruan, dicucuk hormon. Kita bayangkan jika kita menanam pokok hari ini, adakah esok dah berbuah merimbun, tak mungkin kan? Pokok yang tumbuh mekar merimbun takkan berbuah  lebat dalam sehari. Ianya perlu dijaga, dibaja, disirami air dan dibelai dengan kasih sayang baru hidup subur.


Hasilnya dah terbukti, seperti yang sering dikongsikan oleh super upline atau nenda saya dalam Shaklee iaitu Master Cery dari grup jutawan beliau sudah mempunyai "pokok" yang mekar merimbun rendang berbuah lebat. Alhamdullilah beliau sentiasa membantu anak cucu cicit untuk mengecapi kejayaan seperti beliau, kami diberi guideline atau dengan kata lain "blue print" supaya kami sama-sama berjaya.


Jika ingin berjaya dalam perniagaan MLM khususnya, pastikan konsep yang kita gunapakai adalah betul bukan dicucuk-cucuk dengan hormon pastikan ianya asli semulajadi, kebiasaannya yang asli ni lebih kekal lama berbanding tiruan.


Usaha memang kena usaha bukan setakat dengan RM sahaja tapi usaha sebenar dari segi masa, tenaga dan emosi, InshaaAllah lambat laun pasti akan berjaya.


Saya menyeru kepada sahabat sekalian terutamanya surirumah atau pelajar yang ingin mencari pendapatan sampingan , daftarlah sebagai ahli Shaklee dan seterusnya besarkan empayar anda, InshaaAllah saya akan bimbing anda untuk berjaya dalam Shaklee. Dengan modal hanya serendah RM75 sahaja anda sudah boleh memulakan bisnes Shaklee.


Perkongsian ini ada saya ceritakan dalam Shaklee Membantu Surirumah Dan Pelajar.


Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee, boleh hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619








Labels: