Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Atau Mata Panda





Sedang meneliti muka dicermin, ishh alamak kenapa bawah mata ni macam lebam je dahlah jerawat sedang berlumba-lumba naik, kulit muka pulak makin kusam. Tak boleh jadi ni kena cari cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata atau mata panda ni. Dalam masa yang sama terfikir hmm... ya la kan dah la kerja sentiasa mengadap komputer, tidur pulak kurang, vitamin malas nak makan inilah punca munculnya lingkaran hitam bawah mata. 


Bagaimana Lingkaran Hitam Bawah Mata Berlaku


Mengadap komputer terlalu lama dan berterusan, corak kulit bawah mata akan menjadi kebiruan atau bertambah gelap kerana pembuluh darah semakin membesar dan darah berkumpul di kawasan bawah mata. Inilah puncanya warna lebih gelap berbanding kawasan lain.


Punca Lingkaran Hitam Bawah Mata


Memandang komputer atau menonton televisyen terlalu lama
Pengaliran darah yang tidak stabil
Peningkatan umur
Letih bekerja
Tekanan
Mempunyai masalah sinus
Kekurangan nutrisi
Faktor genetik
Turun berat badan secara mendadak
Terdedah kepada pancaran matahari terik
Merokok


Beberapa Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Atau Mata Panda


Minum Banyak Air Kosong

Minum banyak air kosong sangat digalakkan untuk memastikan kesegaran kulit mata terjaga terutamanya jika anda seorang yang aktif


Makan Sayuran Hijau


Tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan anti oksidan dalam menu harian sekiranya anda kekurangan nutrisi dalam badan


Uncang Teh

Rendamkan dua uncang teh selama beberapa minit di dalam secawan air sejuk. Kemudian ambil uncang tadi dan tekapkan pada kedua-dua belah mata kira-kira 10 minit. Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Anda juga boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


Zat besi, Vitamin C dan Asid Folik


Amalkan makan makanan yang mengandungi tiga elemen ini kerana ia cukup membantu. Vitamin C dos tinggi sangat baik untuk mata kerana ia akan membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangkan proses pigmentasi disekeliling mata. Begitu juga dengan Vitamin A yang berguna untuk menajamkan penglihatan. Namun dalam masa yang sama anda juga perlu kurangkan makanan bergaram, minuman berkafein dan gula.


Vitamin Shaklee untuk hlangkan lingkaran hitam bawah mata atau mata panda ialah Sustained Release Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee.


Vitamin Shaklee Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

  


Guna Timun  atau Tomato

Tekapkan hirisan timun atau tomato pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit semalaman sebelum anda tidur.


Krim, Masker, Pelembab

Mata yang bengkak disebabkan oleh zat-zat racun yang terkumpul di bawah mata. Gunakan masker mata yang mengandungi hazelnut, bunga mawar atau bunga jagung. Ia bukan sahaja boleh meredakan bengkak tetapi juga menyejukkan. Bersihkan mata terlebih dahulu kemudian sapukan ia pada waktu malam atau ketika sedang beristirehat.


Minyak Badam


Sapukan minyak badam pada bahagian gelap setiap pagi dan malam dengan lembut. Kelebihan minyak badam ialah untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang pori-pori daripada tersumbat.


Biji Buah Berangan


Pengecutan saluran darah dibahagian mata dan hidung menyebabkan lingkaran hitam bawah mata terjadi. Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian mata. Anda boleh menggunakan biji buah berangan dalam bentuk serbuk, pil ataupun cecair untuk mengatasinya.


Urutan






Untuk merangsang aliran darah disekitar mata, dengan menggunakan jari tengah, urut perlahan dari bahagian tengah kelopak mata ke arah luar kemudian bergerak ke sudut mata bahagian dalam. Gunakan teknik yang sama untuk kelopak mata bahagian bawah. Akhir sekali, urut pangkal hidung dari atas ke bawah. Lakukan sebanyak lima kali. Jika tidak, anda boleh amalkan eye massager. Hanya letakkan pada bahagian mata dan urutan akan dirasai.


Produl ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Bagi yang berminat dengan  rangkaian Vitamin Shaklee sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

.


Labels: