Penyusuan Bayi Selepas Caeserian, Tip, Panduan dan Set Berpantang Shaklee








Penyusuan selepas caeserian, boleh ke, tak sakit ke? Jawapannya ialah boleh atas pengalaman saya sendiri yang menyusukan anak saya terutama anak yang ketiga dari dalam bilik bedah lagi semasa rahim saya masih dijahit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Yang penting carilah ilmu penyusuan yang sekarang sangat mudah untuk didapati, skrol sahaja telefon pintar uolls tu.


Penyusuan bayi selepas caeserian boleh dilakukan dengan mengaplikasikan posisi penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan diri selepas bersalin. Antara posisi penyusuan yang sering diakui sebagai selesa untuk ibu dan bayi ialah lying down dan football hold (clutch hold). Bagi saya sendiri saya selesa dengan cradle hold. Bagi yang tidak biasa terutama bagi ibu yang baru pertama kali menimang cahayamata posisi cradle hold ini boleh menimbulkan ketidakselesaan jika kedudukan tubuh anda tidak betul dan ia mungkin membantutkan anda untuk menyusukan bayi kerana tidak tahan menanggung kesakitan dibahagian luka pembedahan.





Untuk mengurangkan kesakitan luka pembedahan, anda digalakkan menyediakan kusyen sokongan seperti bantal yang boleh menyokong bahagian abdomen supaya berat bayi tidak menekan bahagian yang luka berkenaan sekiranya anda ingin menyusukan bayi menggunakan posisi cradle hold. Bahagian belakang badan juga turut perlu disokong dengan bantal. Gunakan lebih banyak bantal agar anda boleh bersandar dan tidak perlu terlalu membongkok. Pastikan juga posisi badan bayi dalam keadaan yang betul (perut ke perut) walaupun kedudukannya di atas bantal.


Masalah Mungkin Timbul


Sebaik sahaja bayi dikeluarkan anda sudah boleh menyusukannya, pengalaman saya sendiri yang bersalin di PPUM yang merupakan hospital rakan bayi. Sebaiknya berbincanglah dengan pakar bius dan pakar sakit puan dalam memastikan sentuhan kulit ke kulit dan pengenalan awal penyusuan susu ibu dilakukan ketika di dalam bilik pembedahan lagi.


Antara masalah yang mungkin timbul ialah anda mungkin berasa kebas dan sakit ditempat pembedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari warna kulit asal. Bersin, batuk dan lain-lain yang boleh menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit. Bersabarlah ya, lama-kelamaan  keadaan akan berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari.


Anda juga mungkin mengalami masalah angin di dua hari pertama selepas kelahiran. Masalah ini terjadi kerana usus masih lemah selepas pembedahan. Dan yang paling ditakuti ialah masalah sembelit yang sering berlaku beberapa hari selepas bersalin. Pergerakan akan membantu sistem penghadaman berfungsi semula. Dalam usaha menahan sakit, anda mungkin memerlukan ubat  untuk beberapa minggu selepas bersalin.


Bagaimana Set Berpantang Shaklee Membantu Anda


Set Ibu Berpantang Caeserian



Vitamin B Complex Shaklee

B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stres atau meroyan dikalangan masyarakat melayu. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Oleh itu ibu akan lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan sebab itu ibu-ibu yang mengamalkan B Complex sering mendapat pujian selepas habis pantang kelihatan berseri-seri.


Vitalea atau Multivitamin Dengan Zat Besi


Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi semasa pantang kerana diet yang ketat (makanan dalam pantang). Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin. Ibu yang kekutangan vitamin akan kelihatan letih, pucat dan tidak bermaya.


Vitamin C

Fungsinya ialah untuk menyembuhkan luka jahitan dan membaikpulih tisu yang rosak selepas bersalin. Ia juga berperanan sebagai imun sistem, melindungi tubuh. Vitamin C juga berperanan membentuk kolagen dan kecantikan kulit.


Zinc

Penting untuk membaikpulih luka jahitan dan dalaman. Disamping itu bagi ibu-ibu yang selalu mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin, Zinc boleh membantu.


ESP Shaklee

Merupakan sumber protein yang terbaik yang diperlukan oleh ibu yang baru bersalin.


Ostematrix Shaklee

Membantu ibu yang sering mengalami masalah sembelit semasa dalam pantang, disamping itu ia juga membekalkan kalsium kepada ibu.


Semasa berpantang caeserian, pemilihan makanan juga penting untuk proses penyembuhan luka dengan lebh cepat, sila klik makanan yang dielakkan semasa berpantang caeserian.


Panduan dari Pn Rita Rahayu kaunselor laktasi juga merupakan ibu yang melahirkan anak secara caeserian


1. Sebelum bersalin anda disarankan membuat persediaan untuk mempelajari asas dan teknik penyusuan yang betul. Kelas persediaan penyusuan ibu adalah terbaik kerana anda dan suami dapat mempelajarinya dengan menyeluruh.


2. Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana ketika itu payudara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit, Jika anda mengambil spinal atau epidural, ia lebih mudah tetapi yang menggunakan bius seluruh badan, minta doktor atau jururawat meletakkan bayi dan anda dalam keadaan selesa dan diselimuti kerana suhu dibilik pembedahan sangat sejuk.


3. Pastikan baby rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluan bayi, Biasanya bayi menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan atau separa, bayi akan lebih mengantuk. Oleh itu bantu dia untuk bangun menyusu terus daripada payudara dan rangsang payudara dengan menggunakan tangan atau pam.


4. Posisi yang paling sesuai adalah posisi sambil berbaring dan anda berada dalam keadaan mengiring dengan bantal-bantal diletakkan dibelakang, celah kaki dan didada. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan bantal supaya bayi boleh mendapat kedua-dua belah payudara tanpa perlu menukar arah. Ketika dalam keadaan ini anda perlu meminta bantuan sesiapa yang ada berhampiran dengan anda.


5. Selepas pembedahan anda biasanya akan terbaring dikatil kerana masih berasa sakit dibahagian luka pembedahan. Anda tetap disarankan untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangun dari katil hospital gunakan penghadang disisi katil sebagai sokongan. Jika dirumah anda boleh mengikat kain panjang dihujung katil dan gunakan kuasa tangan untuk menarik kain tersebut  dan bangun.


6. Dapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung yang berpelekat untuk memberi sokongan pada perut dan belakang agar memudahkan anda berjalan.


7. Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit diperut ketika menyusu.


8. Diantara waktu menyusu, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu. Anda boleh meletakkan bayi di dada sambil berbaring (ikatkan dengan tuala agar bayi tidak jatuh ke tepi)


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi semangat kepada anda untuk meneruskan penyusuan bayi walaupun anda caeserian, tiada yang mustahil InshaaAllah dengan kesabaran dan kesungguhan anda mampu menyusukan bayi anda.


Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu


Ibu Yang Panik Untuk Menambah Susu Badan


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.



Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Set Vitamin Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619


Labels: