Rawat Kuku Dengan Percuma



Pernah tak kita belek kuku kita dan bandingkan kuku kita dengan mereka yang dalam majalah atau selebriti? Dan terlintas dalam fikiran kita takpelah mereka selalu pergi manicure and pedicure, ada banyak masa terluang dan sudah tentu mereka berduit. Kita ni duduk rumah sahaja, silap-silap kuku berwarna kuning sebab baru berlumur dengan kunyit lepas menggoreng ikan hehe.


Jangan risau ada caranya untuk merawat kuku anda dengan percuma sahaja dan menggunakan bahan yang ada di dapur anda. Memang betul kuku bukan setakat simbol kesihatan bahkan ia juga kecantikan. Untuk kenali kuku yang sihat ia tidak mengelupas dan kuat. Kita boleh cuba mencantikkan dan merapikan kuku dengan pelbagai cara dengan apa yang saya kongsikan di sini.



Belimbing Buluh




Ia berkesan untuk membersihkan kotoran dicelah-celah kuku dan kulit luar serta menguatkan kuku. Caranya ialah anda perlu menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yang hendak dibersihkan. Setelah itu bilaslah dengan air bersih. 


Minum Air Putih Secukupnya





Pengambilan air putih yang cukup melancarkan perjalanan darah dan sekaligus membantu menguatkan kuku



Amalkan Kalsium


Kalsium dipercayai bagus untuk menguatkan kuku. Antara sumber kalsium terbaik ialah susu, keju, ikan sardin, kacang-kacangan dan biji-bijian. selain itu sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam juga  bagus. Di Shaklee kami menawarkan kalsium dikenali sebagai Ostematrix.  



Daun Lidah Buaya




Bukan sahaja bagus untuk rambut, daun lidah buaya juga boleh merawat kuku. anda perlu membersihkan daun ini dan oleskan secara merata pada kuku. Lakukan secara rutin, kuku akan kelihatan lebih cantik dan kuat.



Getah Betik






Sesekali mengupas betik muda, ambillah getahnya dan sapukan pada kuku. Biarkan seketika. Getah betik juga dipercayai mampu mencantikkan kulit.


Lemon





Petua ini bagus untuk mengurangkan warna kuku yang kekuningan. Pertama sekali perahkan jus lemon. Kemudian campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih. Selepas diadun rata, oleskan pada kuku dan biar hingga kering. Setelah itu basuhlah kuku dengan air hangat. Lakukanlah secara teratur untuk mendapatkan warna kuku yang normal. Lemon ni selain untuk kuku juga sebagai pilihan utama untuk Infused Water.


Bawang Putih




Ia mengandungi zat yang sangat berguna untuk menguatkan kuku. Caranya anda perlu memarut bawang putih hingga halus. kemudian oleskan pada kuku. Tunggu beberapa minit dan bersihkan sesudah itu. Jika ini dijadikan rutin  kuku anda semakin kuat dan tidak rapuh. 


Campuran Madu, Telur Dan Minyak Zaitun






Kebaikannya adalah untuk melembap dan melembutkan kuku. Anda boleh mencampurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun dalam periuk. Panaskan dan gaul rata. Kemudian kocakkan telur dan campurkan dengan adunan tadi. Sapukan adunan ini pada kuku secara merata dan tunggu 10 - 15 minit. Bersihkan kuku anda sesudah itu.



Macam mana ok kan boleh buat petua rawat kuku dengan percuma ni hanya dirumah anda? Bagi mereka yang ada anak-anak kecil sebaiknya buat semasa anak-anak tidur, bagi anak-anak yang besar sikit boleh buat sama-sama, inilah masanya nak bergurau senda dengan anak-anak. Selamat mencuba.

Labels: