Tips Wanita Sibuk 24 Jam Untuk Mengurangkan Stres






Adakah gambar ini menggambarkan diri anda sekarang? Kalau kita tengok gambar tu anak perempuan wanita tersebut sedang merenung ibunya dia pun pelik dengan kesibukan ibunya ni baru tunjuk di dapur belum lagi depan komputer :) 


Inilah situasi yang sering berlaku hampir kepada kita semua yang mempunyai keluarga dalam masa yang sama berkerjaya kecuali kalau kita ada pembantu yang meringankan semua kerja-kerja rumah atau kita mempunyai suami yang ringan tulang. Tapi kalau berjauhan dengan suami atau suami bekerja waktu berlainan hmm ni kita kena senaraikan balik apa yang perlu dibuat supaya kita tidak terlalu stres dan kepenatan. Kita tak nak la jadi macam ni ya tak?






Bagi anda yang mempunyai anak masih kecil dan memerlukan perhatian sudah tentu sukar untuk anda berehat. Berehat bukan hanya tidur semata-mata, maksud berehat di sini ialah masa untuk diri anda atau Me Time. Ibu yang sibuk juga memerlukan masa untuk bersama-sama keluarga tersayang. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda menghilangkan stres dan mendapatkan waktu kualiti bersama keluarga tersayang. 


Tip Untuk Wanita Yang Sibuk 24 jam untuk mengurangkan stres antaranya ialah


Pilih Waktu Dengan Bijak

Jika waktu kerja anda fleksibel, anda mampu meluangkan masa dengan suami dan anak-anak. Kerja-kerja yang belum selesai boleh diselesaikan selepas anak-anak masuk tidur atau anda bangun lebih awal.


Makan Bersama


Sering kita mendengar penceramah motivasi menggalakkan kita makan bersama-sama satu keluarga. Samada sarapan, makan tengahari atau makan malam untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga kalau boleh elakkan penggunaan internet dimeja makan :)


Tidur Lewat Malam


Mungkin sesekali anda boleh tidur lewat malam untuk berdua-duaan bersama suami tersayang. Ini akan membantu anda lebih intim dengan suami.



Berkumpul Waktu Kerja


Ambillah cuti pada waktu kerja dan berkumpullah bersama-sama anggota keluarga yang lain. Lakukan perkara-perkara kecil seperti membaca atau bermain bersama. Ini merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.  


Minta Bantuan Seseorang


Cubalah minta bantuan dari jiran atau kawan baik untuk membeli barangan dipasar. Untuk makluman pihak Tesco ada nenyediakan perkhidmatan menghantar barang dalam erti kata lain kita order secara online. 


Senaman Ringan

Tahukah anda dengan bersenam sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan stres, badan anda pun sihat dan dapat tidur lebih lama dan lena.


Minum Secawan Teh

Duduk bersantai sambil minum secawan teh atau minuman kegemaran anda adalah sesuatu yang menenangkan. Pilihlah waktu semasa suami dan anak-anak tidur dan minum ditempat yang anda suka di dalam rumah.


Ajar Anak-Anak

Dengan cara mengajar anak-anak bahawa anda perlukan rehat, secara tidak langsung anak anda akan tahu bila waktu untuk mula bermain bersama-sama mereka  dan masa untuk anda berehat tanpa gangguan.


Membaca Buku

Pada hujung minggu luangkan masa dengan membaca buku, novel atau majalah. Cara ini boleh menambahkan pengetahuan, informasi dan budaya. Membaca sehingga lewat malam terutamanya pada hujung minggu dapat merehatkan badan dan minda.


Menonton Filem Atau Televisyen


Menonton filem atau televisyen boleh tapi ada hadnya terutamanya untuk anak-anak. Lagipun tak semua rancangan televisyen atau filem sesuai untuk anak-anak menontonnya.



Bersihkan Rumah


Ketika anda membersihkan rumah, pastikan suami anda ada bersama untuk menjaga anak-anak. Rumah bersih anda sekeluarga pun sihat. Tak tau nak mencari pembersih rumah yang paling selamat dan berkesan, apakata anda cuba Basic H dari Shaklee.





Tampil Secantik Mungkin

Apabila berada di rumah berbaju kelawar atau berkain batik atau sesekali cuba berketrampilan seperti Jennifer Lopez ahhaa tak jadi suami nak pergi kerja. Berpakaian dengan bersih dan kemas sememangnya dituntut, lagipun kita digalakkan untuk berhias depan suami. Mungkin anda boleh berpakaian seperti ini di rumah?





Selamat mencuba dengan pelbagai tip untuk anda wanita yang sibuk 24 jam. Sebagai wanita secara amnya kita memang mahu berikan yang terbaik untuk keluarga kita tapi kita juga manusia biasa yang memerlukan rehat yang secukupnya. Saya sangat menggalakkan para wanita mengambil vitamin khususnya Vitamin Shaklee agar badan kita tidak terlalu lesu dan kita bertenaga untuk melakukan kerja kita.


Antara Vitamin Shaklee cadangan untuk anda ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix Dan Alfalfa dan kalau anda tak suka mengambil vitamin dalam bentuk tablet, Vivix adalah yang terbaik. Sila hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee dan konsultasi selepas membuat belian.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Jom saksikan video yang terbaik ni dan mungkin anda juga mengalami situasi yang sama seperti mereka.











Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.





Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.






Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.





Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.





Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.