Secara umumnya wanita yang berpantang perlu elakkan makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka. Manakala telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah.
Manakala ikan laut yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik atau ikan berdaging putih seperti ikan siakap, ikan merah, ikan kerisi, ikan bawal putih, ikan tenggiri atau yang tidak menyebabkan kegatalan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang diambil juga perlu dipantau, yang dilarang makan semasa berpantang ialah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau berangin.
Kalau kita tengok video ni pengalaman beliau semasa berpantang memang sangat mengerikan, dengan sembelitnya dengan kurang tenaganya, mood ke laut tapi segalanya berubah selepas beliau bertukar ke jamu moden yang terjamin dengan kualitinya.
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.
Selain dari mengambil suplemen Shaklee semasa berpantang, amalan pemakanan sepanjang berpantang juga perlu untuk memastikan badan kita sihat dan seterusnya baby boleh menyusu dengan baik. Saya akan kongsikan beberapa menu berpantang ibu caeserian dan juga elak sembelit. Kenapa saya nak kongsikan menu berpantang caeserian ni, saya pun pernah mengalaminya semasa berpantang dan caeserian, saya amat memahami masalah yang kita hadapi.
Sup Ikan Haruan / Singgang Ikan (menu yang femes dikalangan yang bersalin caeserian)
Credit to Google
Bahan
1 ekor ikan haruan
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (lebihkan pun takpe bawang putih bagus untuk antibiotik)
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Cara Memasak
Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk elakkan ikan terlalu berlendir. Hiris halia, bawang merah dan bawang putih. Sediakan periuk, masukkan air serta ikan dan bahan hirisan, asam gelugor dan garam secukup rasa. Mungkin anda boleh tambah hirisan daun pegaga untuk menambah rasa.
Ulam Pegaga
Cara Menyediakan
Bersihkan daun pegaga, anda boleh hiris halus-halus dan untuk menambahkan perisa, boleh digaulkan dengan hirisan cekur dan makan bersama-sama nasi panas.
Pegaga merupakan ulaman yang popular dikalangan ibu berpantang terutamanya untuk menambah selera makan kerana daunnya yang wangi. Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dikatakan dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
Ikan Bilis Lada Hitam
Credit to Google
Bahan-bahannya
5 cm halia muda diracik-racik halus
10 biji lada hitam ditumbuk halus
30 ekor ikan bilis
Sedikit perahan limau nipis (terpulang)
Cara Menyediakannya
Gaulkan ke semua bahan tersebut dan makan bersama-sama dengan nasi panas. Ok sekarang saya lapar hehe
Sup Sawi Masak Rebus
Credit to Google
Bahan-bahan
Sayur Sawi
3 ulas bawang putih (dihiris atau ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (dihiris atau ditumbuk halus)
Lada hitam (terpulang, kalau nak pedas boleh lebihkan)
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak
Lada hitam ditumbuk halus kemudian panaskan air dalam periuk, selepas air menggelegak masukkan bahan-bahan rempah diikuti dengan sayur, jangan terlalu lama untuk mengekalkan khasiat sayur. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Untuk makluman, sepanjang saya berpantang setiap hari saya makan sup sawi masak rebus ni untuk elakkan sembelit.
Nota: Kalau dah bosan dengan sawi masak rebus boleh cuba memasak sup lobak putih.
Ikan Masak Singgang (pun femes)
Bahan-bahan
Beberapa kepingan ikan (tenggiri, ikan merah, ikan siakap, bawal putih)
Setengah inci kunyit hidup
Setengah inci halia
Sedikit asam keping
2 atau 3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Cara-cara memasak
Hiris halus ke semua bahan, masukkan air dalam periuk dan panaskan sehingga air menggelegak. Kemudian masukkan ikan, biarkan seketika hingga ikan empuk sebelum api ditutup.
Ikan Panggang Kunyit
Bahan-bahan
Ikan pilihan masing-masing yang boleh dimakan semasa pantang (ikan haruan pun sedap)
Setengah inci kunyit hidup
Setengah inci halia
Seulas bawang putih
Seulas bawang merah
Lada hitam
Ketumbar
Garam secukup rasa
Cara-cara Memasak
Tumbuk ke semua bahan di atas, gaulkan pada ikan dan bakar. Untuk mempelbagaikan rasa dan menambah selera, boleh cuba beberapa perkara berikut
Dibakar begitu sahaja dengan menggunakan pemanggang ikan atau pemanggang ajaib
Ikan dibalut dengan daun pisang kemudian dibakar
Tukar bahan rempah, selang seli kalau hari ni menggunakan lada hitam esoknya pula guna ketumbar pula.
Steam / Kukus Ikan
Bahan-bahannya
Ikan
2 inci halia dhiris
1 biji tomato dibelah 4
Sedikit daun sup atau daun bawang
Lada hitam sedikit
Garam secukup rasa
Cara-cara Memasaknya
Letakkan halia yang dihiris dengan banyak, buah tomato ditpotong, daun sup dan daun bawang dan sedikit garam serta lada hitam di atas ikan.
Kukus sehingga ikan masak
Mungkin selepas sebulan anda boleh cuba pula menu yang berasaskan ayam dan daging, sebaik-baiknya makan sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan dengan badan uolls dan baby atau dengan kata lain takut badan terperanjat terutamanya baby yang menyusu badan sepenuhnya. Terdapat pelbagai menu yang menyelerakan untuk uolls dalam pantang, yang tak berpantang pun boleh terbuka selera tau :)
Tips Memasak Untuk Mereka Yang Berpantang Sendiri
Untuk lada hitam, uolls boleh blender dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan blender kering. Selepas itu disimpan di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti ais untuk kegunaan semasa pantang.
Manakala bahan-bahan lain seperti bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia, bolehlah dihiris halus atau diblender kering. Mungkin untuk 1 -2 minggu pertama suami boleh tolong sediakan bahan-bahan untuk memasak, ikan dah siap disiang dan masukkan dalam bekas berasingan untuk disimpan di dalam peti sejuk
Cuba elakkan terlalu lama bermain dengan air semasa berpantang seperti membasuh pinggan mangkuk, kesannya mungkin bukan sekarang tetapi akan datang, badan kita nak pakai lama tau.
Semoga dengan perkongsian saya ini memberi idea kepada uolls untuk menu berpantang ibu caeserian dan elak sembelit. Jagalah kesihatan dengan baik semasa dalam pantang kerana dirimu begitu berharga.
Dalam video tersebut ada menyatakan bagaimana perubahan badan beliau selepas mengambil Shaklee. Bersesuaian pula bulan ni adalah promo ESP Shaklee dan Zinc Shaklee.
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619
Labels: Energizing Soy Protein, Menu Berpantang Ibu Caeserian Dan Elak Sembelit, ZINC