Petua Ingin Cepat Hamil


Antara perkara yang boleh mengundang stres/tekanan selepas berkahwin ialah pertanyaan seperti "dah ada ke belum?", dah ada berita gembira ke? Eh ko belum mengandung lagi, kita kahwin lebih kurang sama kan tarikhnya, aku dah 3 bulan mengandung. Selepas beberapa tahun soalan yang sama berulang kalu ditanya dengan tambahan soalan ko dengan suami dah pergi check ke dengan doktor. Cubalah jumpa doktor ni, mak bidan ni. Lagi menghiris hati soalan itu ditanya oleh mereka yang terdekat dengan anda. Hakikatnya mereka tidak pernah memahami anda dan suami yang juga sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata.




Jangan mudah putus asa ya. Saya akan kongsikan beberapa petua ingin cepat hamil dengan anda semua.


Bagaimana kehamilan terjadi?


Setiap pertengahn bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya dalam waktu ini anda dan suami berhubungan, sperma akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti disalur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi  dan selepas itu telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Mereka Ingin Cepat Hamil


1. Berjumpa dengan Pakar Perbidanan & Sakit Puan ( O & G)

Saya pernah berjumpa dengan mereka yang merasakan tidak perlu berjumpa dengan doktor diawal kehamilan. Hakikatnya sebagai seorang wanita yang bakal mengandung bayi selama 9 bulan di dalam rahim, anda perlu memastikan kesihatan sentiasa baik. Doktor yang merawat akan memeriksa samada anda bebas dari jangkitan demam campak, hepatitis B, hepatitis C, HIV dan siplis. Anda juga akan diperiksa kandungan darah, kumpulan darah dan faktor Rh. Kadangkala kita juga tidak tahu samada ubat-ubatan yang kita ambil boleh mempengaruhi perkembangan sperma atau telur.


2. Ambil Ujian Sperma dan HSG

Sekiranya haid teratur dan sudah mencuba selama setahun untuk mengandung. anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.


3. Amal Pemakanan Yang Seimbang


Mereka yang merancang untuk mengandung sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang mengikut keperluan. Pastikan anda mengambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang  penting terutama bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi. Ini kerana masalah ovulasi mempunyai kaitan dengan  PCOS yang menyebabkan wanita sukar hamil.




4. Ambil Vitamin Setiap Hari


Setiap wanita yang merancang untuk hamil perlulah mengambil 0.5mg asid folik sebagai makanan tambahan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengandung. Asid folik boleh membantu mengurangkan risiko janin cacat. Multivitamin juga perlu untuk memberi kebaikan tubuh yang sihat terutama ketika ovulasi. Manakala suami pula disarankan  untuk mengambil suplemen Zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Shaklee juga ada menawarkan vitamin untuk ibu mengandung atau bakal ibu, sila klik Vitamin Ibu Mengandung.


5. Kawal Pengambilan Kafein


Tahukah anda bahawa kandungan kafein yang tinggi boleh mengganggu kesuburan wanita. Sebaik-baiknya hadkan kepada dua cawan kopi sahaja sehari jika anda benar-benar berhasrat untuk mengandung. Selain dari kopi kafein juga terdapat dalam coklat dan minuman lain.




6. Berat Badan Ideal


Berat badan juga mempengaruhi kesuburan.Anda boleh rujuk BMI (Body Mass Index) untuk mengira sama ada berat badan anda ideal atau tidak. Terlalu kurus atau terlebih berat.


7. Bersenam Secara Konsisten


Berjalan pantas, berbasikal, berzumba adalah senaman yang baik untuk mengekalkan kecergasan. Bersenam juga mampu melancarkan peredaran darah dan memberi kesan kepada kesuburan. Akan tetapi jika anda sudah mengandung jangan melakukan senaman kecuali atas nasihat doktor.


8. Ketahui Waktu Subur

Persenyawaan hanya berlaku  ketika waktu subur.  Jadi anda perlu tahu waktu subur anda kerana setiap individu mempunyai waktu subur yang berlainan. Hari subur anda cuma empat hingga lima hari dalam sebulan. Jika mengadakan  hubungan intim ketika waktu subur peluang untuk mengandung dengan segera amat cerah. Namun waktu subur ini hanya berkesan jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Catatkan BBT (Suhu Badan Asas) anda cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Kit ovulasi ada dijual di farmasi dan zaman sekarang kan canggih, ada apps yang anda boleh download dalam telefon pintar anda.


9. Tingkatkan Hubungan Seks

Bagi mereka yang ingin mengandung, posisi yang tepat juga memainkan peranan. Menurut kata pakar kesuburan, posisi lelaki di atas ketika mengadakan hubungan intim memberikan peluang terbaik untuk segera hamil. Ini kerana wanita boleh menerima kehadiran sperma dengan lebih banyak. Wanita digalakkan untuk berada dalamm posisi yang sama lebih kurang 20 minit selepas ejakulasi. Jangan bergerak dahulu kerana sperma yang telah masuk akan mengalir kembali ke vagina. Melakukan seks dengan kerap iaitu tiga hingga empat kali seminggu terutamanya pada waktu subur.


10. Kurangkan Tekanan

Tekanan atau stres boleh membawa penyakit begitu juga ia mempengaruhi peluang anda untuk hamil. Uruskan stres dengan bijak. Tekanan yang berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang tidak kira lelaki atau wanita. Mungkin dengan bercuti atau membeli belah dapat mengurangkan stres anda.


Bagi mereka yang sedang mencari Vitamin Kesuburan, inilah masanya untuk anda melabur dengan bijak. Dan juga boleh menambah pendapatan dengan menjadi ahli Shaklee.


Petua Ingin Cepat Hamil


Sila hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619








Labels: