Rahsia Ibu Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan


Ada yang takut untuk berpuasa semasa mengandung dan menyusukan bayi, sebelum anda berfikir macam-macam, jom kita tengok video ni dahulu




Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.



Saya sendiri dah 3 kali mengalami, mengandung dan menyusukan semasa di bulan puasa. Yang ketara sekali semasa menyusukan anak yang ketiga saya dah makan vitamin Shaklee, memang terasa perbezaannya berbanding sebelum mengambil Shaklee. Badan rasa lebih bertenaga dan tidak terlalu letih selepas mengambil Shaklee.


Antara persoalan yang bermain difikiran kita ialah adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?


Jawapannya ialah TIDAK. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan kita masih boleh menghasilkan susu semasa kita berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. Ini kerana badan kita akan membuat penyesuaian dengan mengubah cara ia menggunakan kalori yang ada dan membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindakbalas terhadap kekurangan makanan dan air.


Sebab itu penting ibu yang mengandung dan menyusukan menjaga pemakanan dan minuman  sepanjang bulan puasa bagi memastikan badan kita mempunyai zat yang cukup bagi menggantikan yang telah kita bagi kepada anak kita.


Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan kita, kita pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali kita perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.


Soalan sebelum ini ialah adakah merbahaya kepada bayi kita jika berpuasa, bagaimana pula dengan diri kita sendiri?


Badan kita biasanya dapat bertahan jika kita berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.


Walaubagaimanapun menyusu badan membuatkan kita sangat dahaga. Jika kita ternyahhidrat, kita akan rasa tidak sihat. Antara tanda-tanda ternyahhidrat ialah

# kita rasa sangat dahaga

# air kencing kita berwarna gelap dan berbau kuat

# kita rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu

# kita mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain. Jika kita sedar dengan tanda-tanda ini, kita harus berbuka dengan minum air dan berehat. Selepas setengah jam masih tidak sihat maka segeralah berjumpa dengan doktor anda.


Sebaik-baiknya minum banyak air antara berbuka hingga bersahur kalau boleh cukupkan 2 liter air atau 8 gelas air kosong. Pakar juga menyarankan ibu yang menyusukan dan hamil mengambil makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karborhidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Sebab itu Shaklee mencadangkan ESP semasa berpuasa kepada ibu hamil dan menyusukan.


Jangan sekadar minum sahaja. Penting juga ibu yang mengandung dan menyusukan mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan, Jika sukar untuk kita makan secukupnya pada waktu malam dan berat badan kita turun, berbincanglah dengan doktor. Mungkin kita tidak perlu berpuasa. Ada rukhsah untuk mereka yang mengandung dan menyusukan bayi.


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sebarang masalah ialah mencatit makanan yang diambil supaya boleh memastikan kita makan dan minum dengan cukup pada waktu malam. Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.


Semoga dengan penerangan ini dan testimoni video membuatkan anda lebih yakin berpuasa semasa mengandung dan menyusukan bayi.


Untuk makluman Shaklee ada membuat tawaran YES Pack yang mana ia merupakan tawaran yang hebat yang mana ia boleh membantu anda dalam menjaga kesihatan semasa mengandung dan selepas bersalin dengan harga yang berpatutan.


Hubungi saya dengan segera


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: