Resepi Jus Untuk Mengurangkan Kolesterol - Sesuai Untuk Mereka Yang 40an





Agak-agaknya kalau kita bagi setangkai atau setongkol lobak merah ehmm nak ke kita makan macam tu sahaja? Dah macam arnab pun ya jugak kan hehe. Tapi kalau lobak merah itu kita buat jus dan disedapkan lagi dengan tambahan buah-buahan citrus lain tentu menyelerakan, menyegarkan dan ianya juga sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita.


Resepi Jus yang boleh membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser ialah campuran lobak merah, grapefruit (dibuang kulit) dan lemon.


Resepi Jus Untuk Mengurangkan Kolesterol - Sesuai Untuk Mereka Yang 40an


Bahan-bahan yang diperlukan

1 biji lobak merah
1 biji grapefruit
1/2 biji lemon


Cara-cara Penyediaan

Bersihkan buah-buahan tersebut. Kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati. Selepas itu tapis hasil kisaran ke dalam gelas dan minum tanpa rasa bersalah. Terus telan tau :)


Buah-buahan yang dikategorikan dalam buah sitrus adalah buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi Vitamin C


Buah sitrus boleh dijadikan penambah rasa semulajadi untuk dressing salad, jus atau smoothie. Perahan lemon dalam teh atau air putih dapat menambahkan lagi kesegarannya.



Khasiat Grapefruit





Buah grapefruit merah kaya dengan fitonutrien antioksidan seperti flavanoid dan lycopene yang berfungsi untuk melawan radikal bebas, kanser dan pelbagai penyakit.

Kajian turut menunjukkan ia menjadi pelindung kanser prostat

Buah ini juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana mampu mengurangkan kanji dan gula dalam sistem badan

Dengan segelas jus grapefruit, ia membantu menghilangkan rasa letih dan lesu


Khasiat Lobak Merah




Warnanya yang kuning atau oren kemerahan menandakan ia kaya dengan betakaroten yang baik untuk mata dan kulit

Ia juga mengandungi Vitamin A, C, B , E dan K, protein, kalium, kalsium, fosfor, zink, aluminium, sodium dan mineral yang membantu untuk mencerahkan mata, pertumbuhan tulang, gigi dan memelihara jaringan badan serta mencegah kalenjar tiroid.

Walaubagaimanapun disarankan untuk tidak mengambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan carorenemia (karoten larut lemak dalam jumlah berlebihan) serta kesan sampingan seperti warna kulit menjadi kekuningan di tapak tangan, kaki, lutut dan hidung.


Khasiat Lemon



Lemon adalah makanan yang dapat memberi tenaga tambahan. Jika anda stres, cubalah minum air lemon kerana baunya memberi pengaruh positif pada sistem saraf yang dapat menenangkan fikiran.


Air lemon menjadi pilihan untuk mengurangkan sakit gigi. Namun begitu jangan menggosok gigi selepas minum jus lemon kerana ia boleh merosakkan enamel gigi.


Ketika anda mengalami selsema, lemon adalah ubat yang paling mujarab kerana ia mengandungi Vitamin C dan saponin (yang membantu melawan bakteria dan selsema)

Serat pectin dalam lemon memberikan rasa anti lapar dan membantu dalam proses penurunan berat badan.


Tapi kalau dah takde masa setiap hari untuk membuat Jus citrus , saya cadangkan anda mengambil Vitamin C Shaklee setiap hari dan bulan ini bulan kecantikkan Shaklee ada menawarkan pembelian beli 6 botol percuma 1 atau beli 2 botol anda dapat 5% diskaun. Jimat kan bukan itu sahaja, malahan anda cantik dan sihat, pakej yang menarik tu.




Hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: ,