Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Disediakan


Setiap hari antara perkara yang akan difikirkan ialah menu nak masak, maklumlah anak-anak dah besar. Lauk tak perlu banyak sampai penuh meja, hujung ke pangkal. Cukup sekadar 2 - 3 jenis lauk tapi kena banyak dan habis licin, puas hati kita kan, betul tak?


Memandangkan hari ini hari Jumaat, masa entri ini ditulis saya nak masak istimewa sikit hari ini iaitu Ayam Masak Merah Yang Mudah untuk disediakan. Menu permintaan anak bujang, lauk ni sedap dimakan dengan nasi himpit, nasi tomato, nasi beryani, nasi minyak atau dengan roti jala dan suka hati uolls la nak makan dengan apa ya hehe .... alamak terasa lapar la plak. Terima kasih kerana berkongsi resepi Azie Kitchen.


Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Disediakan



Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil, dibersihkan, dilumur garam dan goreng separuh masak
Bunga lawang
Kayu manis
2 sudu besar Sos cili
Santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis





Bahan-bahan kisar halus

3 - 4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 - 3 sudu besar cili kisar


Bahan-bahan hiris

1 - 2 bawang besar ikut saiz - saya gunakan bawang holland, rasanya lagi manis
5 ulas bawang putih
2 cm halia hiris dan menjadi 3 - 4 keping


Cara-cara memasak Ayam Masak Merah Yang Mudah


Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.


Kemudian masukkan cili kisar dan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.









Bila minyak dah pecah, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Jika ayam digoreng garing , ayam akan menjadi liat, seksa pulak nak makan. Kacau rata dan biarkan seketika




Ada sesetengah resepi masukkan air tapi saya tidak masukkan air sebabnya ayam tu sendiri akan mengeluarkan airnya. Tapi kalau uolls nak masukkan air pun takde masalah , terpulang ya. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah macam saya disebabkan anak-anak suka kuah, maka ayam masak merah saya agak berkuah.







Resepi ayam masak merah ni saya tidak menggunakan tomato sebaliknya saya menggunakan tomato puri dalam 5 sudu besar (terpulang juga ikut selera masing-masing). Jika uolls nak gunakan buah tomato bolehlah masukkan tomato dalam 3 biji dan dibelah 4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula untuk mencantikkan warna dan menyedapkan rasa. Atau nak lagi cantik boleh masukkan kacang peas. Dan bolehlah tutup api.





Boleh dimakan dengan nasi beryani, nasi tomato atau nasi himpit. Tapikan saya tahu ramai yang takut nak makan ayam masak merah, lebih-lebih lagi sekarang masih dalam musim Raya, maklumlah tinggi kolesterolnya dengan minyaknya, santannya ehh Shaklee kan hado. Jangan risau saya tawarkan Set Kolesterol Shaklee dengan harga mampu milik. Saya senaraikan Set Kolesterol Shaklee dan kebaikannya.


Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol jahat LDL

Garlic - Merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Phytocol ST - Untuk mengelakkan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.


Sila hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619




Labels: