Tip Dan Panduan Wanita Hamil Dan Bayi Baru Lahir Menaiki Kapalterbang




Saya sendiri ada pengalaman menaiki kapalterbang semasa hamil cuma masa tu saya sendiri tak tahu saya sedang hamil, baru dalam 8 minggu. Cuma masa tu perjalanannya dekat sahaja dalam 1 jam tapi kalau kita nak travel jauh yang mengambil masa berjam-jam contohnya nak ke London, Europe atau lagi jauh ke US pelbagai faktor kena ambil kira sebelum kita mulakan perjalanan. Alamak tiket dah beli macam mana ya? Silap haribulan tiket pun burn ... aduh


Tip Dan Panduan Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang


1. Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pengendali penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket.


2. Sila dapatkan nasihat dari doktor anda untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk menaiki kapalterbang. Masalah tersebut terdiri daripada uri bawah, kontraksi pra matang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis, dan darah tinggi yang tidak terkawal.


3. Dapatkan terlebih dahulu surat kebenaran dari doktor.

4. Pakai pakaian yang selesa dan longgar.

5. Banyakkan meminum air.

6. Sentiasa melakukan senaman atau aktiviti regangan.

7. Setiap jam pastikan anda berjalan-jalan

8. Minta tempat duduk yang lebih luas untuk memudahkan anda melakukan sebarang pergerakan regangan.

9. Anda digalakkan untuk memakai compression socks yang boleh dibeli di farmasi

10. Sentiasa memakai talipinggang keledar sepanjang masa.


Kenapa kita perlu mengambil tindakan berhati-hati semasa menaiki kapalterbang?


Biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, antara risiko yang mungkin timbul ialah


1. Radiasi Kosmik

Umumnya terdapat sedikit kesan radiasi kosmik daripada matahari dan ruang angkasa apabila seseorang individu menaiki kapalterbang. namun kesannya sangat sedikit untuk mendatangkan masalah kepada ibu hamil.


2. Risiko Thrombosis

Sewaktu hamil, ibu berisiko untuk mengalami masalah darah beku, dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Ini mungkin berpunca daripada tempoh masa penerbangan  yang anda lalui. Selain itu jika anda kurang minum air dan cenderung mengalami masalah dehidrasi, keadaan ini boleh mencetuskan DVT. Risiko DVT akan bertambah jika anda melakukan penerbangan jarak jauh.


3. Kelahiran Pra Matang


Bagi anda yang sedang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah , kebanyakan doktor tidak menggalakkan anda menaiki kapal terbang ketika usia kandungan 32 minggu.


4. Keguguran

Ramai yang khuatir tentang komplikasi ini tetapi sebenarnya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana ia langsung tiada kaitan dengan penerbangan anda.


Bagaimana Pula Jika Membawa Bayi Yang Baru Lahir Menaiki Kapal Terbang 


Secara asasnya tiada langsung risiko bagi bayi baru lahir untuk menaiki kapalterbang. Cuma mungkin berlaku sedikit gangguan terhadapnya yang berpunca daripada perubahan tekanan. Gangguan tersebut akan menyebabkan bayi menangis.


Sebaiknya sewaktu berlepas dan mendarat, bayi anda harus disusukan kerana aktivi menelan yang dilakukan  bayi dapat mengurangkan kesan dengungan yang dialaminya. Hal ini kerana aktiviti tersebut  berupaya mengurangkan perbezaan tekanan dan menyamaratakan tekanan luar dan dalam telinga bayi.


Dan sudah semestinya sila jaga pemakanan anda sepanjang kehamilan. Antara vitamin Shaklee yang boleh dimakan semasa hamil ialah B Complex, Vitalea, Vitamin C. Ostematrix, Omega Guard dan ESP. Nak tahu lebih lanjut sila klik Set Kehamilan Shaklee.





Nak order vitamin boleh hubungi saya, SID Shaklee anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: