Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Bengkak susu? Bagi sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa sakitnya bengkak susu atau susu tersumbat ni, boleh demam kita dibuatnya. Bila sebelah dah tersumbat, yang sebelah lagi susu pulak kurang, anak dah meraung. Kita lagi la stress semuanya serba tak kena, last-last kena bancuh susu formula.

Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan



Kita layan dulu video ni, bagaimana Pn Farah walaupun pada masa itu beliau bekerja tapi beliau gigih untuk mengumpul stok bagi bayinya.




Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Bengkak susu adalah signal atau tanda positif yang payudara sedang menghasilkan susu untuk bayi. Kebiasaannya bengkak ini terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Kadangkala bengkak susu juga mungkin jadi pada waktu siang, ada pelbagai sebab mungkin anda melengahkan waktu mengepam atau mengosongkan payudara. Bagi ibu yang bekerja sangat digalakkan untuk mengepam susu bagi membantu mengurangkan bengkak susu.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Pengalaman sendiri dengan bengkak susu terjadi semasa anak pertama. Waktu itu bukan macam zaman sekarang sangat mudah untuk mencari info. Saya banyak menggunakan petua tradisional untuk mengurangkan bengkak susu. Nanti saya cerita ya tentang petua tradisional.


Apabila bengkak susu sudah terjadi, payudara sudah mengeras dan sangat sakit jika tersentuh, mengepam bukan penyelesaiannya. Saluran susu seakan tersumbat, susu juga tidak akan  keluar dengan banyak. Saya akan kongsikan beberapa tip, cara rawatannya dan berkesan untuk anda amalkan selain dari hisapan langsung dari bayi yang mana cara ini adalah lebih baik. Antaranya ialah


Susukan bayi dengan kerap, sebaiknya selang 2 - 3 jam sekali. Jika bayi sedang tidur, sila kejutkan bayi anda agar dia menyusu. Memang agak memenatkan untuk menyusukan bayi pada waktu malam tetapi jika bengkak susu terjadi, lagi seksa ya menanggungnya. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis dan beralihlah ke sebelah lagi) untuk penyusuan berikutnya. 


Jika bengkak, mungkin agak susah bagi bayi menghisap, lekapan pada aerola mungkin sukar. Secara berhati-hati cuba marmet (perahan dengan tangan) atau pam susu dengan perlahan-lahan agar aerola menjadi sedikit lembut. Apabila aerola lembut, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul.


Bra sokongan yang kita gunakan iaitu bra khusus untuk menyusu yang mana dapat menyokong payudara pada waktu malam, pastikan ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.


Anda juga boleh menggunakan tuala yang dituam dengan air panas. Yang mana air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi didada yang mengalami bengkak susu. Atau anda juga boleh mandi dengan air suam. Saya juga selalu mengamalkan petua ini semasa mengalami bengkak susu. Kebiasannya memang mujarab cuma anda perlu bersabar.


Ketika bayi sedang menyusu, anda juga boleh mengurut payu dara yang sedang dihisap bayi bagi melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu. 


Jika anda terasa yang payudara anda penuh, secepat yang mungkin sila pam. Jangan tunggu sehingga payudara anda bengkak dan sakit. Susu yang telah pam anda boleh simpan untuk dijadikan stok. Labelkan tarikh dan masa anda mengepam.


Selain yang saya kongsikan di atas antara petua lain ialah menggunakan sikat. Macam tak logik kan tapi apa salahnya anda mencuba. Caranya ialah dengan sikat perlahan-lahan payudara kita dari arah atas hingga ke p****g, berulang kali. InshaaAllah aliran susu akan lancar semula dan seterusnya anda tidak menanggung sakit.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan

Selain sikat, daun kobis juga membantu dalam mengurangkan bengkak susu. Ambil sekelopak daun kobis dan tekapkan pada payudara yang bengkak tetapi anda tidak digalakkan untuk buat selalu kerana ia boleh menyebabkan anda kekeringan susu.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Daun sireh dan minyak zaitun juga membantu dalam mengurangkan bengkak susu. Caranya ialah ambil daun sireh dan sapukan minyak zaitun seterusnya layurkan daun tersebut. Apabila daun sudah suam-suam panas, tekaplah pada payudara yang sedang bengkak. Ianya sangat membantu melancarkan pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Amalkan Lecithin dalam diet harian untuk elakkan bengkak susu atau susu tersumbat. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600 - 4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan bengkak susu atau susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin, anda boleh rujuk artikel Lecithin Treatment For Recurrent Plugged Duct.

Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan

Apabila payudara sudah bengkak, biasanya kita akan mengalami demam sedangkan kita perlu sihat untuk menjaga bayi kita yang baru dilahirkan dan juga anak-anak lain. Sebaiknya tingkatkan Sistem Imunisasi tubuh kita dengan mengambil Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.


INFO TAMBAHAN

Lecithin bukan sahaja melancarkan pengeluaran susu tanpa anda mengalami bengkak susu atau susu tersumbat malahan ia akan mencantikkan kulit anda dan menurunkan berat badan anda tanpa mengganggu pengeluaran susu anda.  Bonus tambahan setiap wanita, betul tak? Tak percaya? Jom layan video ni






Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: