Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi ada kemungkinan anda pernah mengalami bengkak susu, saya sendiri pernah mengalaminya dan demam serta tidak selesa rasa nak menangis pun ada. Bagaimana bengkak susu terjadi? Ia disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Anda boleh cuba amalkan petua berikut untuk mengurangkan bengkak susu.
Susukan bayi anda sekerap yang mungkin, setiap dua atau tiga jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi yang sedang lena tidur. Pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara.
Terdapat keadaan di mana apabila sedang bengkak susu, aerola menjadi keras dan ini menyukarkan bayi menghisap susu. Anda dinasihatkan untuk memerah susu dengan tangan (marmet) atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.
Sebelum memerah boleh juga menekap payudara dengan tuala panas atau mandi air panas. Air suam mandian mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan aerola.
Semasa bayi sedang menyusu, cubalah urut payudara dengan perlahan agar pengaliran susu lebih lancar dan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
Adakah logik dengan menyikat boleh mengurangkan bengkak payudara? Tak cuba mana nak tau kan, ini antara petua yang popular dikalangan masyarakat kita, menyikat payudara yang bengkak dengan menghala ke arah puting lakukan secara berulang-ulang kali dan lembut dan pengaliran susu akan kembali lancar. Pastikan juga anda menyusukan bayi secara langsung.
Daun kobis segar juga membantu melegakan kesakitan bengkak payudara. Ambil daun kobis dan tekupkan pada payudara anda. Tetapi jangan buat selalu dikhuatiri boleh menyebabkan susu kering.
Antara supplemen yang boleh membantu mengurangkan bengkak payudara ialah Lecithin.
Daun sirih juga membantu mengurangkan kesakitan bengkak susu. Layurkan daun sireh di atas tudung periuk dan setelah suam tekapkan pada payudara.
Segala usaha telah dilakukan jika masih berasa sakit anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
Bagi ibu-ibu yang mencari supplemen semulajadi bagi menyokong badan anda semasa menyusukan bayi Set Menyusu Shaklee boleh membantu anda.
Berikut adalah testimoni Set Menyusu Shaklee.