HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 3


Minggu 19 - 24 


Bayi Anda

Lebih kurang minggu yang ke 20, rambutnya mula tumbuh, memiliki cap jarinya sendiri, boleh menggenggam tangannya dan gigi telah terbentuk dalam tulang rahangnya. Bayi anda kini boleh mendengar dan boleh bertindakbalas dengan bunyi yang kedengaran di luar rahim. Pada masa ini saya sangat galakkan ibu-ibu rajin membaca Al-Quran dan sentiasa bersembang dengan bayi anda memuji dia, bagi kata-kata nasihat.

Pada minggu yang ke 22, rambut yang halus dan lembut mula tumbuh di badannya. Rambut ini membantu bayi anda mengekalkan suhu badan yang sesuai dan kebanyakkan daripadanya akan hilang pada waktu kelahirannya.

Semasa bayi anda menelan cecair amnion, dia mungkin terbatuk atau tersedu yang dapat anda rasakan sebagai satu pergerakan yang sedikit tetapi tetap. Beratnya kini sekitar 460gm dan panjangnya 30cm.




Apabila bayi anda berusia 24 minggu




Anda

Anda mungkin rasa sesak untuk bernafas dan pedih hulu hati kerana rahim yang semakin membesar menekan diafragma anda. Pada waktu malam jika anda sukar tidur terlentang, cuba baring mengiring dan tinggikan bantal anda, setiap kali makan, makan dengan portion kecil tetapi kerap untuk mengelakkan pedih hati.


Kesan regangan mula kelihatan di perut, payu dara dan paha anda. Bila meregang kulit kita akan menjadi gatal, Mommy...jangan garu kuat-kuat ya lebih-lebih lagi kalau kuku anda panjang sebabnya ia akan meninggalkan parut, cuba gosok dengan perlahan dan tidak kasar, ada juga ibu yang letak krim/minyak organik untuk mengurangkan kesan parut.

Selain itu pada peringkat ini jangkitan kencing dan sembelit kerap kali berlaku dan urat darah yang timbul mungkin kelihatan, sebaiknya ubah corak pemakanan kepada makanan yang banyak serat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, elakkan berdiri terlalu lama atau memakai kasut ketat dan tinggi.

Nikmatilah momen indah bersama-sama bayi anda :)


Labels: ,