HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 1


Alhamdullilah mulai hari ini saya akan berkongsi perkembangan kehamilan, opps bukan saya yang hamil ya jangan salah faham :) Perkongsian ini khusus untuk bakal-bakal ibu baru yang mungkin pertama kali mengandung dan mencari info sepanjang kehamilan, pelbagai persoalan yang bermain difikiran. InshaaAllah entri kali ini dan seterusnya saya akan kongsi perkembangan semasa hamil, kesihatan semasa hamil, semasa bersalin dan penjagaan bayi.


Biasanya kita mengetahui kita hamil bila period kita tak datang seperti biasa dan kita akan check sendiri menggunakan pregnancy test yang boleh dibeli di Farmasi atau kita akan terus berjumpa dengan doktor. Tahukah anda kehamilan berlaku dua minggu selepas haid anda yang terakhir tetapi apabila hendak mengira tempoh sesuatu kehamilan, para doktor dan bidan mula mengiranya daripada hari pertama haid anda yang terakhir. Mereka mengira tempoh kehamilan dalam kiraan minggu dan bukannya bulan, maka suatu tempoh kehamilan yang penuh memakan masa selama 40 minggu.


Minggu 0 - 4

Bayi anda

Pada minggu yang ke 4, telur yang telah disenyawakan ditanam pada dinding rahim anda. Lapisan luar ovum (telur) membentuk uri atau plasenta yang mula membekalkan darah daripada pembuluh darah anda.

Sel dalaman juga mula membentuk lapisan yang akan menjadi beberapa anggota tubuh bayi anda.

Anda

Anda tidak akan datang haid atau mungkin mengalami sedikit pendarahan. Anda mungkin berasa payudara anda bengkak atau sakit sedikit dan terasa diri anda ada kelainan. Ada juga sahabat saya yang merasa punggungnya sakit, lain orang lain simptomnya.





Minggu 5 - 8

Bayi Anda

Sistem saraf utama bayi mula berkembang dengan lapisan atas selnya membentuk suatu tiub yang berongga yang kemudiannya akan menjadi tiub saraf bayi. Seterusnya akan menjadi saraf tunjang dan otak bayi.

Pada minggu yang ke 5, jantung bayi terbentuk dan pembuluh darah mula kelihatan. Salah satu daripada pembuluh darahnya akan menjadi tali pusat. Daripada tali pusat, bayi dapat  menerima zat makanan dan menyalurkan balik bahan buangannya. Pada waktu ini bayi dinamakan embrio dan panjangnya lebih kurang 2mm.

Pada minggu yang ke 6, kepalanya dapat dilihat seolah-olah seperti suatu bonggol. Jantungnya mula berdenyut dan uri mengembang. Tempat letaknya  telinga sudah kelihatan, matanya sedang dibentuk dan terdapat warna. Paru-paru telah terbentuk dan bonggol yang kelihatan dibadannya akan menjadi  otot dan tulang.

Pada minggu ke 8, bayi dipanggil janin. Kepalanya masih amat besar jika dibandingkan dengan bahagian badannya yang lain tetapi raut wajahnya dapat dilihat dan mulut serta lidahnya sudah pun terbentuk. Bonggol kecil (tunggul anggota) yang kelihatan akan menjadi tangan dan kakinya. Saiz bayi sama  besarnya dengan sebutir kacang hijau.

Anda

Kehamilan anda dapat dipastikan diperingkat ini sama ada dengan ujian kehamilan yang boleh dilakukan sendiri atau oleh doktor anda. Pada masa ini juga doktor akan beritahu tarikh jangkaan bersalin. Tahap homon juga meningkat secara mendadak bagi menyediakan anda dan badan anda sepanjang tempoh kehamilan dan mungkin pada masa ini anda mengalami loya atau muntah tapi tak semua orang akan mengalami keadaan ini, pengalaman saya sendiri mengandung 3 orang anak saya tidak mengalami loya atau muntah.


Sepanjang tempoh kehamilan sebaik-baiknya sebelum anda hamil, sila jaga pemakanan cuba makan makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan selain untuk badan kita, bayi kita juga memerlukan zat makanan yang sangat penting semasa mereka membesar dalam kandungan.


Untuk ibu-ibu yang mengandung saya cadangkan anda mengambil Set Mengandung Shaklee, ianya Halal dan telah banyak membantu ibu-ibu yang mengandung. Ibu yang cukup zat akan mempengaruhi anak di dalam kandungan selain itu amalkan membaca surah-surah yang digalakkan semasa mengandung.



Labels: ,