Persediaan Menjelang Ramadhan




Alhamdullilah disaat entri ni ditulis, hari ini dah 26 Syaaban 1435H tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan Ramdhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan, bulan ini juga ditunggu-tunggu seluruh umat Islam untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Persediaan kerohanian anda boleh rujuk di sini.


Dengan kedatangan Ramadhan juga saya pasti para ibu dah menyusun resepi sepanjang sebulan berpuasa, jadual seharian juga perlu diubah terutamanya ibu-ibu yang bekerja dan kita juga harap maklum bahawa sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan perjalanan balik dari tempat kerja adalah sangat sesak, sesesak di bazar Ramadhan, walaupun anda keluar dari opis lebih awal dari biasa. Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh atau taska pastikan anda telah berbincang dengan pihak mereka waktu dijangkakan anda mengambil anak.


Bercakap tentang penyediaan makanan, saya cadangkan pada waktu hujung minggu anda sediakan bahan-bahan untuk dimasak sekurang-kurangnya untuk 5 hari bekerja terutamanya untuk mereka yang bersahur nasi, kalau dah ada nasi mesti perlukan lauknya, betul tak? :)


Antara yang perlu disediakan ialah

1. Menu, kenapa menu saya letakkan yang pertama, ini untuk memudahkan anda merancang apa yang perlu dimasak sepanjang minggu.

2. Anda kisarkan siap-siap bawang merah, bawang putih, cili kering simpan dalam peti sejuk. Tak perlu  lah pagi-pagi tu anda menumbuk dengan batu lesung, 1 rumah boleh bergegar tau.

3. Ayam, daging,  ikan dah siap potong dan dibersihkan termasuk udang sotong , kalau boleh bahagikan kepada 5 bahagian untuk 5 hari, sebelum masuk tidur dah turunkan dari freezer.

4. Untuk sayuran, juga dah siap-siap potong, kalau boleh juga siapkan untuk 5 hari.

Kalau dah tak larat sangat nasi, telur mata dan kicap pun membuka selera :)

Selepas sahur pastikan dapur dikemas, pinggan mangkuk siap dicuci dalam sinki semua "clear", kat sini peranan suami diperlukan untuk membantu supaya bila balik kerja nanti anda tenang masuk dapur balik.


Cara ini juga boleh diguna pakai untuk masak lauk berbuka, bagi mereka yang suka memasak di rumah  la. Cuma cara ini tidak diguna pakai untuk mereka yang berbuka puasa di hotel atau restoren yang menawarkankan hidangan buffet Ramadhan. Juga tidak boleh diguna pakai untuk mereka yang membeli di pasar Ramadhan :)


Ada juga yang simple semasa bersahur terpulang kepada keluarga masing-masing tiada paksaan untuk anda ikut jadual ni. Bagi saya sendiri saya akan masak nasi yang baru dan akan masak lauk fresh untuk hidangan sahur keluarga saya, Cabaran di sini ialah untuk anak-anak berselera makan di waktu sahur dan menu memang kena ikut selera mereka :)

Hidangan sahur saya sendiri ialah



ESP Shaklee, Cinch Tea Energy dan Cinch Vanilla


Minuman tambahan untuk keluarga saya semasa bersahur ialah




Mealshakes, ESP Shaklee dan Performance Drink


Ramadhan adalah bulan beribadat bukannya bulan pesta makanan, bersederhana itu lebih baik, bimbing anak-anak agar mereka tidak terlalu bernafsu melihat makanan dan minuman terutamanya di Bazar Ramadhan.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)



Labels: , ,