Resepi Soto Ayam

4 Ogos 2014


Masih lagi dalam suasana Hari Raya, ni cerita hari semalam memandangkan keluarga sendiri belum datang beraya dan atas permintaan suami saya pun buat Soto Ayam, salah satu makanan kegemaran orang Johor sebenarnya buat soto ayam ni mudah cuma agak remeh nak sediakan adik beradiknya macam bergedil, sambal kicapnya, goreng ayam dan siat halus-halus, nasi himpit  kecuali ramai yang menolong kalau buat sorang-sorang perancangan waktu amat penting. Kebetulan pula kawan-kawan anak pun nak datang beraya, saya sediakan juga spaghetti bolognese. Pendek kata dah macam Master Chef mengejar masa hehe.


Mula-mula yang nak disiapkan ialah bergedil sebabnya nak buat bergedil ni leceh sikit, biasanya saya akan sediakan sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk, bila nak digunakan boleh terus keluarkan dan goreng.


Resepi Bergedil


Bergdil sebelum digoreng


Bahan-bahan yang digunakan ialah


Kentang digoreng atau direbus
Daging lembu atau ayam dikisar dan digoreng tanpa minyak
Lada hitam kalau takde lada hitam boleh guna perencah sup
Bawang goreng atau bawang besar diracik halus
Daun sup dan daun bawang diracik halus
Sedikit garam

Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan kalau nak goreng celupkan dengan putih telur



Gambar ihsan Google



Untuk nasi himpit, zaman sekarang ni memang mudah kita gunakan nasi himpit segera sahaja ada pelbagai jenama ada di pasaran nak yang comel-comel atau yang besar sikit semua ada. Kalau dapur memasak kita ada 2 tungku sahaja dan dalam masa yang sama kita nak memasak yang lain, macam saya, saya masak nasi himpit dalam periuk nasi sahaja sangat mudah. Yang penting jaga air dalam periuk nasi, kalau tak nanti hangus nasi himpit kita :)






Untuk sup biasanya saya akan masak sup tulang, saya akan rebus tulang biasanya dalam 2 jam kalau ada periuk tekanan tinggi lagi mudah dan cepat.


Bahan-bahan untuk masak sup tulang


Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu Manis
Perencah Sup biasanya saya guna perencah sup Adabi atau ada je perencah soto yang dijual dipasaran

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Garam

Semasa  tulang masih direbus, saya akan tumis ke semua bahan tadi dalam periuk yang berasingan, biasanya kami panggil tumis darat, apabila baunya dah naik, ambil dalam 2 senduk air tulang rebus tu dan masukkan dalam perencah sup yang sedang ditumis, apabila dah mendidih, masukkan kesemuanya dalam rebusan tulang dan biarkan hingga daging di bahagian tulang empuk.


Bahan-bahan untuk Sambal Kicap


Segenggam cili api
Bawang putih
Kicap

Cili api dan bawang putih  anda boleh kisar atau nak tumbuk sehingga lumat, selepas itu boleh tambah kicap, mudahkan.


Bahan-bahan lain pelengkap Soto 


Ayam bahagian daging digoreng dan isinya di siat halus-halus
Taugeh dicelur
Daun Sup di racik halus
Bawang goreng
Soon digoreng
Kacang tanah digoreng
Nasi himpit
Mee Hoon dicelur


Nak tengok macam mana rupa Soto yang lengkap? Sila google ya, tak sempat nak amik gambar hehe



Resepi ini hanya cadangan, untuk sup, boleh je kalau anda nak masak sup ayam, ada juga yang tambah santan dan kunyit, pelbagaikan mengikut citarasa anda.


Jika kita masak sendiri, kita lebih berpuas hati ialah kadang-kadang bila makan diluar atau dibeli mungkin kita tak puas hati, sekurang-kurangnya bila kita buat sendiri boleh tambah banyak kali, bahan-bahannya pun kita boleh lebihkan dan yang paling penting kebersihan tu terjamin, InshaaAllah.


Semalam yang penuh cerita, maklumlah sesekali masak dengan banyak seorang diri makan malam tadi saya demam, untuk mengelakkan demam semakin teruk sebelum tidur wajib telan Ostematrix dan Nutriferon.


Dan pagi ini disambung dengan Vitalea, B Complex dan Vitamin C


Kenapa saya suka makan Ostermatix sebelum tidur terutamanya diwaktu badan satu badan tidak selesa dan kelenguhan, jawapannya boleh baca di sini.



Promosi GLA Shaklee beli 6 percuma 1 sepanjang Ogos 2014, inginkan keahlian percuma? Hubungi saya dengan segera.






Labels: