Khasiat Air Lemon Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat  Lemon Untuk Penghadaman


Kebiasaannya bangun pagi selain dari melepaskan hajat dan membersihkan diri, sebahagian dari kita mencari air kopi, teh tarik dan pelbagai minuman lain untuk boost semangat samada nak pergi kerja, belajar atau sekadar menonton tv dan mengadap komputer. Apakata rutin harian dipagi hari anda tukarkan dengan minum perahan lemon suam diselangseli dengan segelas air kosong, nak perisakan air lemon mungkin boleh ditambah dengan sedikit madu, hmm rasa yang masam manis pasti menyegarkan hari anda.


Kelebihan Minum Air Lemon DiWaktu Pagi


Membantu Penghadaman


Air suam bukan sahaja membantu merangsang saluran penghadaman bahkan lemon juga dipercayai mengaktifkan dan membersihkan hati. Ia juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses manghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.


Menyokong Sistem Imun


Buah-buahan sitrus seperti lemon kaya Vitamin C dan Asid Askorbik. Vitamin C membantu menentang selsema, Manakala Asid Askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam tugas sistem imun.


Mengalkalikan Tubuh


Jika tubuh anda berdepan keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik untuk memastikan keseimbanagan pH tubuh berada pada paras sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya  daging dan keju.


Membantu Detoksifikasi


Air lemon adalah duretik semulajadi yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid Sitrik yang terkandung di dalamnya membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.


Pemberi Tenaga


Ramai yang mengaku dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah, memberikan anda rasa hebat.


Mencantikkan Kulit

Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi mulakan hari anda dengan langkah melakukan melalui air lemon. Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan.


Macamana dah baca kelebihan air lemon, rasa tak sabar-sabar nak membeli lemon?  Lemon biasanya ada dijual di pasaraya dan pasar biasa bahagian sayur-sayuran. Kebiasaannya saya akan campurkan perahan lemon dengan madu atau Performance Drink atau Cinch Tea. Rasanya pasti Umpphh, nyaman dan menyegarkan. Selamat Mencuba :)


Nak order Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp: 010-2995619

Labels: