Manfaat Buah Pisang Untuk Wanita Hamil Dan Resepi Ringkas














Manfaat Buah Pisang Untuk Wanita Hamil dan Resepi Ringkas


Buah pisang ni memang sedap dimakan begitu sahaja dan terdapat pelbagai jenis buah pisang seperti pisang tanduk, abu, rastali, berangan sampaikan saya sendiri pun tak kenal hehe. Anak-anak pun suka makan buah pisang ni. Ianya juga mudah didapati di Malaysia. Secara amnya pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Saya akan kongsikan entri kali ini manfaat buah pisang untuk wanita hamil dan resepi ringkas untuk anda yang selalu sibuk dan mengejar masa.


Manfaat Buah Pisang Untuk Wanita Hamil Dan Resepi Ringkas


Mengandungi Vitamin B6


Vitamin B sangat penting untuk wanita hamil kerana ia membantu perkembangan bayi dalam kandungan dan pisang sarat dengan Vitamin B6. Vitamin B6 dari pisang juga membantu ibu hamil dan bayi untuk mengangkut oksigen ke seluruh jaringan melalui hemoglobin


Mengandungi Kalium Tinggi


Kalium adalah mineral yang sangat baik dan sangat diperlukan oleh wanita hamil. Mineral ini membantu meringankan masalah yang biasa dialami oleh wanita hamil seperti kaki krem, mencegah pembekakan, membantu meredakan "morning sickness". Akan tetapi jika kaki anda terlalu bengkak anda berkemungkinan mengalami pre-eklampsia yang mana anda perlu dengan segera merujuk kepada doktor anda.


Membantu Masalah Sembelit


Wanita hamil sering berhadapan dengan masalah sembelit, apakata mulakan pagi anda dengan sebiji pisang. Pisang mengandungi serat dan pektin. Ia membantu mengatasi masalah sembelit.


Mengandungi Zat Besi dan Folat


Kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan oleh diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah yang teruk dan kehamilan. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menampung keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan tumbesaran bayi.  Pisang mengandungi zat besi dan folat.


Selain itu kandungan potasium tinggi dalam pisang turut membantu merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok. Pisang juga membantu mengurangkan tekanan kerana sejenis protein yang dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak mereka yang berada dalam tekanan.


Selain dimakan mentah, buah pisang juga boleh dibuat pelbagai jenis masakan seperti kerepek, pisang goreng, cekodok pisang, sayur pisang muda atau kek pisang tetapi tahukah anda ia mengandungi lebih banyak lemak. Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan manakala kandungan lemak akan bertambah sebaik-baiknya hadkan pengambilan pisang yang digoreng mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali atau lebih baik sebulan sekali.


Macamana dah baca manfaat buah pisang untuk wanita hamil? Dan sekarang resepi ringkas yang saya nak kongsikan sangat mudah dan pantas untuk anda sediakan diwaktu pagi, bukan sahaja anda boleh minum akan tetapi anak-anak pun boleh kongsi terutama yang nak ke sekolah di waktu pagi.


Resepi ESP Shaklee dan sebiji pisang.


Bahan-bahannya ialah

ESP Shaklee satu setengah sudu besar

1 biji pisang kegemaran

Air masak 500ml


Cara nak membuatnya


Masukkan semua bahan dan Kisarkan atau blend sehingga halus dan terus minum, sangat sedap dan mengenyangkan. Selamat mencuba :)








Jangan lupa ya bulan Oktober ni promosi ESP Shaklee beli 6 percuma 1 dan Mealshakes beli 3 percuma 1. Nak order Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619


Labels: ,