Pendarahan Di Akhir Usia Kehamilan

Pendarahan Di Akhir Usia Kehamilan



Pendarahan di usia akhir kehamilan biasanya disebabkan oleh Placenta Praevia atau masalah uri bawah yang dialami oleh ibu hamil. Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang Placenta Praevia boleh klik Masalah Uri Bawah Atau Placenta Praevia.


Entri kali ini saya akan kongsikan penyebab pendarahan diakhir usia kehamilan. Yang mana jika masalah ini berlaku, saya nasihatkan anda segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


Placenta Praevia


Apabila serviks meregang di akhir kehamilan sebagai persiapan awal untuk proses kelahiran, sesetengah saluran darah plasenta akan meregang dan pecah. Ini menjadi penyebab antara 20% pendarahan di trimester ketiga dan berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan.


Placenta Abruption


Keadaan ini timbul apabila plasenta yang normal berpisah dari dinding rahim ketika pramatang dan darah berkumpul antara plasenta dan rahim. Hal ini berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan. Penyebabnya masih belum diketahui.


Rahim Pecah


Apabila keadaan ini berlaku, ini boleh menyebabkan bayi tersingkir ke bahagian abdomen. Rahim pecah amat jarang berlaku tetapi sangat merbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Kira-kira 40% wanita yang mengalami komplikasi ini perlu menjalani pembedahan ke atas rahim. Rahim pecah boleh berlaku sebelum, semasa proses kelahiran atau di saat anda mahu melahirkan.


Saluran Janin Pecah


Keadaan ini berlaku 1 daripada setiap 1000 kehamilan. Saluran darah bayi daripada tali pusat mungkin bersambung dengan membran dan bukannya plasenta. Jadi, saluran darah bayi mengalir ke pintu masuk saluran kelahiran. Hal ini turut dikenali sebagai vasa previa dan berlaku kepada 1 dalam 5000 kehamilan.


Sebab-sebab lain


Sebab lain yang kurang lazim berlaku ialah serviks atau vagina mengalami kecederaan atau luka. Masalah ini termasuklah polyps, kanser dan vericose veins.


Sebagai seorang Islam kita bergantung sepenuhnya kepada Allah swt, berdoalah, berzikir dari awal kehamilan agar anda dan bayi sentiasa dipelihara.

Labels: