Masalah Uri Bawah Atau Placenta Praevia


Apabila seorang ibu mengandung rutin beliau ialah check-up di klinik atau hospital, sesetengah hospital atau klinik setiap kali check-up akan scan kedudukan bayi, biasanya doktor akan menyatakan perkembangan bayi dalam kandungan.


Terdapat sesetangah ibu yang mengandung mengalami masalah uri bawah atau Placenta Praevia, ada yang mengalaminya setiap kali mengandung, ada juga yang mengalaminya mungkin masa mengandung anak yang kedua dan tidak pada anak-anak yang lain. Kebiasaannya doktor akan mencadangkan caeserian untuk menyelamatkan ibu dan bayi bagi mengelakkan risiko.


Placenta Praevia


Apa Itu Placenta Praevia dan bagaimana ia berlaku?


Placenta Praevia atau uri bawah bahasa melayunya yang biasa dipanggil. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta atau uri berada dibahagian uterus atau rahim dan menutupi sebahagian atau ke semua serviks atau pembukaan rahim. Antara tanda-tanda ketara yang seorang ibu mengandung mengalami masalah Placenta Praevia atau uri bawah ialah mungkin berlaku pendarahan. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah menyebabkan pendarahan yang teruk. Bayi juga tidak boleh keluar secara normal melalui vagina jika plasenta menutupi keseluruhan pembukaan rahim.


Terdapat 4 tahap Placenta Praevia


Tahap 1 

Low lying - Uri berada dibahagian bawah rahim tetapi tidak melindungi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultracound scan


Tahap 2

Marginal - Uri menyentuh tetapi tidak melindungi bukaan rahim


Tahap 3

Partial - Uri menutupi sebahagian bukaan rahim


Tahap 4

Complete - Uri menutupi keseluruhan bukaan rahim. Tahap keempat adalah tahap yang paling serius.


Pendarahan yang tidak dapat diberhentikan boleh menggugat nyawa ibu dan anak. Jika pendarahan tidak berhenti, bayi terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan caeserian dan ia mungkin kelahiran pra matang.


Sehingga kini tidak diketahui mengapa masalah Placenta Praevia boleh berlaku. Tiada langkah pencegahan untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Namun terdapat beberapa perkara yang dikenalpasti menyebabkan situasi ini berlaku antaranya ialah


1. Usia wanita yang semakin meningkat

2. Jumlah anak yang lebih ramai

3. Pernah mengalami pembedahan caeserian

4. Pernah mengalami masalah Placenta Praevia di dalam kandungan sebelumnya

5. Ibu yang merokok

Masalah Uri Bawah atau Placenta Preavia mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja wanita yang hamil.
Ingin ditekankan di sini bahawa semua wanita tidak dapat mengatasi masalah ini berlaku, sebaiknya lakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital agar kandungan anda selamat. Sebagai orang Islam berdoalah agar dipermudahkan semua urusan semasa mengandung dan melahirkan bayi anda. Sedikit petua untuk mereka yang mengalami Placenta Preavia, semasa anda solat dan bersujud, sujudlah dengan lebih lama sikit agar dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, semasa bersujud lama itu jangan lupa berdoa ya :)

Bagi anda yang masih tercari-cari vitamin semasa mengandung, boleh klik Vitamin Ibu Mengandung

Bagi anda yang mencari vitamin semasa berpantang, boleh klik Vitamin Ibu Berpantang.

Labels: