Resepi Daging Masak Blackpepper



Resepi Daging Masak Blackpepper


Hari ini saya akan kongsikan Resepi Daging Masak Blackpepper yang ringkas dan mudah. Untuk mendapatkan daging yang lembut biasanya saya akan beli daging batang pinang. Menu ni antara menu feveret keluarga kami. Nak tahu khasiat lada hitam sila klik Khasiat Lada Hitam Dan Resepi Ibu Berpantang.



Bahan-bahan


500gm daging batang pinang dan hiris nipis
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 tangkai cili merah (dipotong kasar)

Untuk sos lada hitam saya gunakan jenama Hatinie's Kitchen yang pasti sedap dan menyelerakan. Untuk daging 500mg saya hanya gunakan separuh bungkus sahaja.





Akan tetapi kalu anda takde sos lada hitam ni, anda boleh gunakan

2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)


Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, biasanya daging saya perapkan dalam 15 minit dengan kunyit dan garam kemudian daging tersebut digoreng. Agak-agak dah masak angkat dan asingkan.


2. Kurangkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih jika menggunakan sos lada hitam masukkan setengah bungkus sos lada hitam dan tunggu hingga mendidih 


3. Jika tidak menggunakan sos lada hitam, selepas menumis bawang putih dan naik bau masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dan masukkan daging. Kerapkan mengacau bahan dalam kuali atau periuk.


4. Kemudian tambahkan bancuhan tepung jagung, bawang besar dan cili merah. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan.


Suka dengan resepi daging masak blackpepper tetapi dalam masa yang sama risau dengan kolesterol, apakata sebelum anda makan daging telan 2 biji Phytocol, fungsi Phytocol-ST ialah menurunkan kolesterol secara semulajadi. Nak tau lebih lanjut berkenaan Phytocol-ST boleh klik Phytocol-ST Shaklee musnahkan kolesterol jahat.


Dan selepas makan makanan yang berat, minum infused water, nak tau macam mana rupa infused water, boleh klik Infused Water dan Kebaikannya Untuk Detoks Tubuh Anda.


Selamat Mencuba


Sila hubungi saya untuk order Vitamin Shaklee


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

Labels: