Abang...Saya Mengandung Tapi...



Tapi apa peranan sebagai suami selain dari menerima berita tersebut dengan gembira dan berazam untuk menjadi suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab dan penyayang apabila isteri memberitahu Abang....Saya Mengandung..





Sebaik sahaja mendapat berita isteri mengandung bagi bakal bapa yang mungkin pengalaman pertama, kadangkala anda panik dengan mood isteri anda yang turun naik, silap-silap anda sama-sama naik berang dan seterusnya isteri pula merajuk, lama-kelamaan akan memburukkan lagi keadaan. Bersabarlah ya isteri anda sedang mengalami perubahan hormon yang kadangkala dia sendiri pun tak perasan dengan perubahan mood dia.


Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bagaimana anda sebagai suami atau bakal bapa boleh membantu isteri anda agar mereka selesa, lebih tenang dan tidak mengalami tekanan perasaan dengan perubahan yang sedang mereka alami.


1. Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap rambut isteri, sebelum tidur mungkin anda boleh bagi segelas susu suam agar dia mendapat tidur yang lena.


2. Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh ditengah malam, kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda, betul tak?


3. Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Tunjukkan kemesraan dengan bercakap-cakap secara lembut dengan bayi dalam kandungan isteri anda. Jangan terkejut, bayi anda sedang mendengar dan lebih baik jika anda membaca Al-Quran dihadapan isteri anda. Perbuatan ini merupakan satu sokongan mental yang menyenangkan hati isteri anda. Isteri anda memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang semasa dia sedang hamil.


4. Bantu isteri anda mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Sebaiknya setiap kali melakukan rutin pemeriksaan diklinik atau hospital temani isteri anda. Atau aktiviti yang pasti membuatkan isteri anda terlupa yang dia sedang mengandung ialah mencari barang keperluan bayi yang bakal lahir. anda sendiri akan terkejut dengan tenaga yang isteri anda ada hehe.


5. Wanita sukakan kecantikan dan perkara ini memang tidak boleh dipisahkan. Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik dan hakikatnya ramai yang menjadi lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.


6. Bantulah meringankan keluhannya dengan mengurut belakang isteri atau mengurut kakinya yang sering keletihan akibat menanggung berat perut yang semakin membesar.


7. Bersiaplah untuk membantu dan menemani isteri pada masa beliau sukar hendak melelapkan mata. Jika anda bekerja syif malam sebaik sahaja selepas anda bangun tidur, uruskan kerja-kerja rumah seperti membasuh dan membersihkan rumah atau mungkin anda boleh sediakan makanan untuk isteri anda. 


8. Keadaan isteri anda yang sedang mengandung tidak akan sama dengan apa yang dialami oleh mak, kakak atau nenek anda mahupun isteri kawan-kawan anda kerana setiap tubuh wanita adalah berbeza dan unik begitu juga dengan reaksi dari perubahan tubuh.


9. Sentiasa mengingatkan isteri agar tidak lupa mengambil vitamin ibu mengandung setiap hari dan untuk lebih romantik setiap hari sediakan vitamin untuk isteri anda makan, InshaaAllah pasti isteri anda akan menghargai keprihatinan anda.


Cubalah sedaya upaya untuk membantu meringankan kesukaran yang dialami oleh isteri semasa beliau mengandungkan anak anda. Yang pasti ucapan Abang..Saya Mengandung...bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan malahan ia adalah suatu keadaan yang anda boleh tunjukkan bagaimana dalamnya sayang anda kepada isteri anda :)


Bagi mereka yang ingin membeli Vitamin Ibu Mengandung Shaklee sila hubungi saya dengan segera. Konsultasi dan cara makan vitamin akan saya berikan sebaik sahaja anda membuat pembelian dengan saya.


Email : arnisyazila@gmail.com

Whatsapp/Text : 010-2995619

Labels: