Vitamin Ibu Mengandung...Perlu ke?




Tahukah anda dalam masa 1500 hari bersamaan 4 tahun dari anda mula mengandung, menyusu dan anak sedang membesar, anda dan bayi anda memerlukan nutrisi yang secukupnya. Nutrisi yang mencukupi  semasa tempoh ini boleh memberikan banyak perbezaan dengan membantu menghalang penyakit kronik serta meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.


Hipotesis Barker menyatakan nutrisi yang tidak mencukupi  sepanjang kehamilan akan menyebabkan sedikit kenaikan  berat badan pada ibu dan kemungkinan melahirkan bayi bersaiz kecil. Bayi ini pula berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dan diabetes jenis 2 dikemudian hari.


15 tahun yang lepas mungkin kurang info dan kurang membaca, semasa saya mengandung dan kurang menjaga pengambilan makanan semasa mengandung, dengan kata lain makan ikut tekak je, akibatnya berat badan naik dan susahhh sangat nak turun, baby saya pun bersaiz kecil je. Menyesal? Memang menyesal sebab tak jaga pemakanan, tetapi untuk baby yang kedua dan ketiga saya lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan harian dan mengambil vitamin ibu mengandung dengan teratur.


Ibu hamil yang mengalami kenaikan berat badan secara berlebihan, mereka mempunyai risiko tinggi terkena hipertensi ataupun diabetes semasa mengandung dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caeserian untuk melahirkan anak. Ini akan meningkatkan risiko bayi tersebut untuk obes semasa zaman kanak-kanak dan remaja.


Maknanya uolls haruslah memastikan kenaikan berat badan yang seimbang sepanjang kehamilan. Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat kerana diet anda memberikan impak sepenuhnya kepada kepada perkembangan fetus di dalam rahim dan juga kesihatannya dimasa depan.


Antara diet seimbang yang perlu anda fokus ialah


Tenaga - Ibu yang mengandung memerlukan lebih tenaga terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan untuk diri anda sendiri dan juga perkembangan bayi.


Protein - Protein penting dalam menyokong tumbesaran dan perkembangan plasenta, uterus dan bayi


Asid Lemak Penting - DHA

DHA merupakan asid lemak penting yang boleh diperolehi menerusi ikan seperti salmon dan makerel. bagi ibu yang tidak begitu gemarkan ikan, jangan risau kerana DHA juga boleh diperolehi dari Omega Guard Shaklee.


Asid Folik

Ataupun folat, adalah Vitamin B yang paling penting dari awal kehamilan. Malahan bakal ibu digalakkan untuk mengambilnya sebelum kehamilan kerana ia membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi, Sayur-sayuran hijau, kekacang dan buah-buahan sitrus merupakan sumber yang kaya dengan asid folik.


Zat Besi

Zat besi merupakan salah satu komponen hemoglobin dalam sel darah merah, yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh anda dan juga membekalkan oksigen pada bayi menerusi plasenta. Semasa hamil, isi padu darah anda meningkat sebanyak 50% dan ini bermakna anda memerlukan lebih banyak zat besi.


Kalsium

Kalsium penting dalam membina tulang dan gigi  bayi. Sekiranya anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, bayi terpaksa  mendapatkannya daripada tulang anda untuk membina tulangnya.


Vitamin Dan Mineral Penting Lain

Semasa hamil, anda memerlukan vitamin seperti selenium dan zink. Antara cara terbaik untuk mendapatkannya  adalah menerusi pengambilan diet yang seimbang sihat dan pelbagai.

Untuk makluman ibu-ibu yang menyusu juga tidak terkecuali memerlukan khasiat dan nutrien yang mencukupi. Ibu yang menyusu juga memerlukan banyak tenaga dan lebih nutrisi penting berbanding semasa hamil untuk membekalkan susu kepada bayi.


Kombinasi Vitamin Ibu Mengandung Shaklee



Vitamin Ibu Mengandung Dan Menyusukan Shaklee



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vitamin Ibu Mengandung Shaklee boleh klik sini.


Jika anda ingin order Vitamin Shaklee dan inginkan harga yang lebih murah dengan penjimatan 15% - 20%. Daftarkan diri anda sebagai ahli Shaklee untuk makan sendiri atau untuk memulakan perniagaan anda.

Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/text : 010-2995619





Labels: