PERLENGKAPAN BAYI BARU LAHIR






Gambar ihsan Google


Teringat kembali 14 tahun yang lepas perasaan teruja bila mengetahui mengandung anak pertama, perasaan bercampur baur, excited, takut, blur ehh macam-macam la. Selepas pengesahan dari Gynae, saya dah siap-siap membuat perancangan nak bersalin di mana, juga persiapan untuk bayi yang bakal dilahirkan, pada masa itu saya suka jenama Anakku sebab kainnya jenis lembut dan tak berkedut. Memandangkan anak pertama dan masa itu penggunaan internet tidak meluas seperti sekarang saya lebih banyak bertanya dengan ibu dan kakak-kakak senior di opis tentang persediaan untuk menyambut bayi.


Untuk pengetahuan bakal ibu , bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang teliti supaya dirinya membesar dengan sihat. Terdapat pelbagai produk dipasaran pastikan sebelum membeli anda sudah membuat perbandingan dan yang penting di dalam budget anda, sebaiknya cari barang-barang yang tahan lama supaya boleh digunakan untuk anak yang seterusnya dan juga praktikal iaitu senang dibawa ke mana-mana sahaja. Antara barang-barang yang dicadangkan sebagai perlengkapan bayi baru lahir ialah

Tikar Getah

Ia bertindak sebagai pelapik kalis air, atas tilam bayi selepas bayi dimandikan iaitu sebelum dipakaikan lampin, ia memudahkan anda meletakkan bayi selain menghalang air kencingnya membasahi tilam, kalu baby boy pastikan anda cover kalu tak nanti terkejut, secara tiba-tiba sahaja dia akan wee wee dan terkena baju anda :)


Kelambu

Penting untuk mengelak daripada gigitan nyamuk dan serangga, Malah kelambu juga mengelak silau kerana cahaya lampu atau sinar matahari tidak jatuh terus ke matanya. Penggunaan kelambu membuatkan bayi lebih selamat semasa berada di dalamnya.


Baju bayi

Pemilihan pakaian bayi sangat penting, biasanya semasa beli saya akan rasa dulu jenis kainnya untuk memastikan bayi tidak rengsa atau tidak selesa. Antara ciri-ciri pakaian bayi ialah seperti  berbutang, berlubang dan jenis kain kapas sesuai untuk digunakan bagi bayi yang baru lahir. Tak perlu membeli terlalu banyak pakaian untuk bayi baru lahir kerana mereka cepat membesar, biasanya saya akan mencari saiz umur 0-3 bulan. Perlu diingatkan setiap pakaian yang baru dibeli perlu dicuci dahulu untuk menjaga kebersihan, gunakan sabun pencuci yang khusus untuk bayi. Comelkan baju ni ?




Sarung tangan dan kaki

Oleh kerana bayi masih kecil, badannya begitu sensitif dengan persekitaran yang baru disekelilingnya. Untuk langkah keselamatan bayi memerlukan sarung tangan dan kaki, antara sebab lain ialah kukunya masih tajam dikhuatiri dia akan mencakar mukanya sendiri. Ibu juga kena rajin meneliti kadangkala di celah-celah jari bayi ada kekotoran, bersihkan perlahan-lahan. Sesekali biarkan mereka explore jari jemari mereka sendiri :)


Topi Bayi









Oleh kerana ubun-ubun baby masih lembut digalakkan memakai topi apabila keluar dari rumah. Ia juga untuk mengelakkan dari sejuk dan dimasuki angin. 


Tuam

Mesti digunakan dalam tempoh berpantang dan bila-bila masa untuk mengelak batuk dan selsema, ia juga untuk mengelakkan terkena angin pasang/hernia dan juga membantu menenggelam pusat bayi yang baru tanggal.


Bedung


Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Zaman sekarang ni dah ada pelbagai bedung yang memudahkan ibu-ibu takde la baru dibedung tangan dah terkeluar hehe. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya, kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti di dalam kandungan ibunya, mengelak bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan, ia juga memberikan kehangatan pada tubuh bayi. 





Antara keperluan lain ialah kain lampin, bantal dan tilam bayi, barut, tuala tempat mandi.

Senarai untuk disemak:

Barangan
Pakaian

Sarung tangan
Sarung kaki
Topi bayi
Baju lengan panjang
Seluar panjang
Baju lengan pendek
Seluar pendek
Barut
Tuala muka

Lampin

Lampin kain
Cloth Diaper
Tisu basah

Penjagaan Diri
Tuala mandi
Sabun bayi
Syampu bayi
Besen bayi
Minyak bayi
Minyak telon
Sikat bayi
Pemotong kuku

Tidur

Bantal kepala
Bantal peluk
Tilam
Selimut


Senarai ni hanya cadangan berbelanja ikut keperluan, biasanya bila kandungan 7 bulan ke atas dah boleh shopping :)


Persediaan ibu sebelum bersalin juga perlu diambil kira boleh baca di sini. Si ibu juga perlukan nutrien penting semasa berpantang dan seterusnya menjayakan penyusuan ibu.


Jangan lupa ya persediaan rohani juga penting bagi bakal ibu bapa, amalkan surah-surah ini, saya doakan anda semua selamat melahirkan dan dikurniakan bayi yang sihat dan comel.





Bagi yang mencari Menu Berpantang Ibu Berpantang Dan Elak Sembelit, boleh klik sini.




Bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu bagi mereka yang ada



Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.






Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.








Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.




Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.




Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.




Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Ibu Bayi Premature, boleh tengok video ini



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Anak yang kurus keding dan selalu tidak sihat, 



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Ibu yang menyusu, boleh tengok video ini



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Labels: